Kad Raya | .::: MOMOY blogirl :::.

03 August 2012

Kad Raya

Assalamualaikum kawan-kawan.

Selamat menyambut Ramadhan yang ke ... Yang ke berapa ye kawan-kawan? Tapi rasanya dah hampir pertengahan Ramadhan tapi kenapa tak dapat satu pun kad raya ni. Alaa... teringin sangat nak gantung kad-kad raya kat dinding atau pokok bunga hiasan macam zaman sekolah dulu. Berlari ke luar bila dengar motor abang posmen. Lepas tu meneka-neka kad raya tu datang dari siapa. 


Tapi itu dulu... Sekarang dah pupus ke tradisi hantar kad raya ni? 


Bila zaman mula nak berjinak-jinak dengan IT, muncul pula e-card raya. Sama ada yang static atau yang ada flash animation. Tiap-tiap hari duduk searching website mana yang punya e-card raya yang cantik atau kartun yang kelakar.


Banyak design kad raya di SINI


Apabila dunia makin canggih dan moden, penggunaan handset makin meluas. Kad raya kemudiannya digantikan pula dengan SMS atau MMS raya. Alasannya, lagi jimat sebab tak perlu keluarkan duit untuk setem dan kad. Jadi, pagi raya sambil makin ketupat sambil balas SMS raya


Dan tahun lepas, Momoy perasan wujudnya banyak video raya yang di download ke wall Facebook atau blog. Siap ada perkhidmatan untuk terima tempahan video raya. Dasyat kan? Momoy pun nak buat juga ^_____^ Nampak menarik.


Tapi percayalah, walaupun banyak altenatif untuk sampaikan ucapan hari raya tapi tetap Momoy suka kaedah lama iaitu kad raya secara manual ! Sebab lagi meriah dan boleh simpan sebagai kenangan. Kawan-kawan pula bagaimana?


P/s: Suka bila dapat kad raya tapi lagi suka kalau dapat duit raya. Ngee...

10 comments

August 3, 2012 at 10:54 AM Reply to comment

btol la Momoy kad lebih practical kan bila dapat kad boleh gantung2 kat dinding tapi kalau dpt sms atau ecard..stakat kita jela yg nampak tu pun dlm hp atau pc..dahtu xkan nak gantung hp atau pc lak kan..ekeke

@wong meimot
yes tepat sekali
heheh...gantung hp, pusing kanan
pastu pusing semula ke depan, dah lesap
haha...

August 4, 2012 at 12:33 AM Reply to comment

nanti awk sndiri beli byk2, sndiri gantung kad2 raya tu tau, hikk...

August 4, 2012 at 1:52 AM Reply to comment

dulu klu dpt kad wajib lah gantung tp skang dpt pun on9 punya nk buat camne kan haha..tp at least org igt kita gak hihi..

@caliph shuriken

hehe...orang baca semua pengirim yang sama, ucapan jer lain2

August 5, 2012 at 12:48 AM Reply to comment

no biggie dear. maz tak buang.. juz print screen jer :) tenkiu so much!! btw, maz pun jual AM jugak. so klu momoy rase nk order dengan maz ker.. boleh jugak :)

@Nurul Mazni Sawal
oh tengkiu dear =)
best kan pakai AM ni

@zOeY zAu YaH
tul tu
tapi kalau dapat kad raya special sikit
hohoho
sms tu forward jer

August 15, 2012 at 8:13 AM Reply to comment

dah berzaman tak dapat kad raya..huhuhu..

@prince kais
sama la kita
last dapat time kat U dulu
siap ada syiling raya lekat pada kad tu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...