.::: MOMOY blogirl :::.: May 2012

31 May 2012

Lagi pencarian supplement dan sedikit update

Assalamualaikum kawan-kawan.

Apa khabar kalian? Yer...yer... Momoy tahu Momoy agak lama menyepi. Bukan malas nak update (sikit-sikit jer) tapi tuntutan tugas buat Momoy memang tak sempat nak online pun. Begitu la kerja Momoy jika ada shutdown (SD) atau turnaround (TA).


Tapi shutdown kali Momoy agak stress dan sedih juga. Hmm... mana ada SD atau TA yang tak stress. Tapi kali ni berlainan sikit sebab sahabat seperjuangan Momoy telah kembali ke rahmatullah. Selepas habis SD ni Momoy banyak dihujani dengan pelbagai soalan tentang kejadian tu. 


Yang Momoy maksudkan adalah arwah Rosli Mansor yang meninggal ketika letupan akibat kebocoran gas di GPP3. A-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. 


Kepada sahabat yang mendoakan Momoy selamat, jutaan terima kasih dan semoga Allah yang dapat membalasnya. SD seterusnya pada bulan September nanti. Ini bermakna Momoy ada masa untuk diluangkan di blog anak tiri Momoy ni. Tapi jika ada SD di tempat lain, so Momoy akan busy lagi lah. Patut la blog ni digelar blog anak tiri. Sebab selalu saja ditinggalkan. Kasihan blog Momoy. 


Update terbaru, Momoy sedang mencari supplement untuk kulit Momoy yang dah super tinted ni. Kereta kalau tinted mahal, tapi kalau orang tinted turunlah harganya. Waa... Sekarang ni Momoy amalkan White L-Glutathione yang berfungsi sebagai master anti-oksida untuk tubuh. White L-Glutathione ni Momoy memang maintain makan tapi Momoy nak cari lagi supplement lain juga. 




Ada kawan yang syorkan Momoy minum supplement sarang burung walit tapi Momoy agak keberatan sebab tak jumpa info tentang berapa mg dalam setiap ingredient nya dan lagipun jenis minuman ni Momoy kurang suka sikit. 


Bos ada beli supplement yang betul-betul hebat semua zat ada dan mahal juga untuk kami hari-hari tapi kitaorang buang. Maaf bos. Tapi Momoy liat nak makan (sebab pil tu besar) walaupun tahu supplement bos bagi tu baik dan sangat mahal pula tu. Sebotol lebih bos bagi tu Momoy simpan je sampai expired. Sekarang baru rasa menyesal. 




Baiklah. Momoy ada buat survey sikit dan rasa nak cuba supplement ni. Oh. Ini supplement yang ada dalam fikiran Momoy sekarang. 


Shaklee Sustained Released Vita-C 500 mg - sumber



21st Century Acid Free C - sumber



Kordel's Bio Ester C 1000mg plus Bioflavonoids - sumber



Kordel's E400 IU - sumber



Kordel's Alpha Lipoic Acid 200 mg - sumber


Shaklee Sustained Released Vita-C 500 mg tu kena beli online sebab Momoy tak jumpa stokis yang jual. Tapi supplement yang lain tu boleh beli di farmasi atau Guardian. Kawan-kawan pernah cuba tak atau ada cadangan vitamin lain?


10 May 2012

Beauty stuffs untuk bulan ini


Assalamualaikum kawan-kawan.

Tak tahu apa tajuk yang sesuai bagi entry ni. Hmm… hari ni terima beberapa parcel yang dibeli dari beberapa blogshop. Sampai serentak pula tu. Gembiranya…



Gambar di atas tu adalah beberapa stuff yang baru sahajakeluar dari oven – Japan foot masks, lace fake nails, false lashes dan beberapa produk gluta.

Juga 3 produk yang mengandungi Glutahione untuk kulit.


Ikut arah jam:

Lotion | Gluta-C Intensive Whitening Body Moisturizer +SPF 25 with Glutathione and Vitamin C
Sabun | Gluta-C Intensive Whitening Soap Glutathione and Vitamin C
Supplement | White L-Glutathione with Alpha Lipoic Acid (ALA) and Vitamin C


Sebelum ni Momoy ambil KB (salah satu produk gluta di pasaran) sebagai supplement harian tapi terasa nak mencuba produk gluta jenama lain pula. Untuk mendapatkan kesan yang optimum, Momoy memang berpantang ambil  teh, Nescafe, kopi, milo, kicap dan coklat (fave Momoy ni). Tambah-tambah lagi minuman yang mengandungi kafein. 


Itu serba ringkas produk yang dibeli Momoy untuk bulan ni. 


06 May 2012

My Baby Doll


Assalamualaikum kawan-kawan.

Okay. Nak cerita tentang perfume baru Momoy - Baby Doll by YSL. Hoh… bukan Momoy kedekut tapi harga perfume ni boleh tahan mahalnya. RM 355. Dekat 400 hinggit tu. Nasib baik Momoy beli guna Groupon so Momoy hanya perlu keluarkan RM 216 saja.


Hai, nama saya Baby Doll dari YSL


Bila Momoy search di internet, Baby Doll ni antara yang terbanyak dapat komen yang negatif. What? Momoy sendiri pun berdebar-debar je nak cuba. Sebab utamanya Momoy suka perfume yang berbau fruity. Tapi ramai kawan-kawan tegur supaya nampak lebih feminin maka Momoy pun try la beli Baby Doll yang bau floral tu. Konon feminine la.


Cantik! Botol bentuk diamond =)


Well… pakai untuk sehari baru tahu macam mana kan? Adakah Baby Doll ni mampu menandingi perfume kesukaan Momoy- Cool Water Woman by Davidoff dan Gucci Rush. Kalau betul la… nampaknya ada botol-botol perfume Momoy ada saudara tiri la.


Kotak memang super feminin dengan warna dark pink. Momoy suka!


Bila dah dapat di tangan, Momoy suka sangat dengan botol Baby Doll tu. Nampak girly tapi pasal bau tu, bagi Momoy tak best even ramai yang notice bau Baby Doll dan nak cari perfume tu. Entah lah. Mungkin tak kena dengan jiwa Momoy kot. Bau sangat-sangat feminin. Memang ayu betul la. Bagaimana dengan kawan-kawan? Dah pernah mencuba Baby Doll? Suka atau tidak akan baunya?







P/s: Masih tak dapat terima orang kata Momoy boyish sedangkan Momoy ni sangat lemah lembut. Ahakk... =P 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...