.::: MOMOY blogirl :::.: January 2013

26 January 2013

Email mengharukan dari peminat


Assalamualaikum rakan-rakan blogger dan silent readers.

Rasa nak termuntah ke baca tajuk kat atas tu? *hulur baldi*


Oh terharunya. Terharunya Momoy bila baca email ni *lap-lap air mata dengan tisu* Heheh. Betul-betul tak sangka tips dan sedikit suggestion Momoy yang main bedal ikut suka itu ada yang follow dan suka =)



Mornink momoy! Happy saturdayyy :*
Heee firstly thanks sgt momoy sampai lukis2 nk explain kt ell, really appreciate it. Huhu sayang momoy!
Heee, actually ell dah try ubah2 sume mcm momoy suggest, tapi tapi tapi kannnnn, space xckupppp uwaaaaaaa! Hee over plak!. So ell tpkse kekal kn position sbb nnti xmuat nk lalu sumee, bilik kecik heee. Tapii bab tong sampah uhh ell ikut laa cre momoy heee, mmg org xperasan so kmas la bilik (:
Then bear y banyak2 punn ell ikut momoy. Cume ell xltk kt langsir, sbb xbleyh alih katil uhh nnti sempit. Hee so ell letak kat blah dinding y kosong. Heee ell siap beli wall sticker. Y lampu dinding uhh, ell mmg da beli dlu klu momoy perasan bntuk moon. Sbb mase pegi ikea dlu bentuk bunga da abesh, so sad /: tinggal moon n star je /:
Okay momoyyy thanks for everything tauuuu! Appreciate sgt2 :* heeee ell bg pic bhagian teddy ni. Hee papai momoy, enjoy ur weekend dear :*
~ Copy paste dari email



Betul-betul terharu nih. Hampir-hampir saja nak gugur air mata brutal Momoy ni. Ia semacam satu feeling seperti mak-mak dan abah-abah yang nasihat anaknya rajin belajar dan happy bila anaknya itu berjaya dalam periksa. Hamboiii. Over sangat perumpamaan itu.


Hais. Bukan la nak cakap Momoy ni macam mak orang ye. Tumbok kang. Jangan salah faham okay. Cuma FEELING itu. PERASAAN itu. Ewah. Momoy ni kan SINGLE dan masih AVAILABLE lagi (motif sengaja highlight ?) Muahaha.


Sebenarnya banyak juga terima email minta pendapat tentang deco bilik ni. Ni gara-gara ENTRI INI. Momoy bukanlah expert dalam bab-bab menghias ni cuma Momoy deco apa yang Momoy rasa selesa. Biarlah minimalis tapi nampak kemas (dan senang nak kemas juga! =P).


Dengan firasat (firasat tuuu) yang ada, diharap dapat juga la membantu kawan-kawan di luar sana. Sama-sama share. Lagi pun sharing is caring kan! Dan lagi, Momoy nak ucapkan sumimasen (maaf) ye. Pada yang minta Facebook nak conversation, Momoy tak dapat bagi.  Sumimasen juga jika lambat reply email ke apa okay. Tuntutan kerja. 


Jika kawan-kawan nak bertanya atau nak share apa-apa, boleh saja email Momoy di syalyx_00[at]yahoo.com


Ada waktu Momoy reply ye. Makin busy sekarang ni. Hopefully nama tak naik untuk projek lain pula lepas habis Turnaround April ni nanti. Penat ooo. Nak balik KL. Sob sob sob.


Terima kasih sudi membaca! I love U semua !
Assalamualaikum.


20 January 2013

Minum petang


Assalamualaikum.

Kalau dah tiba waktu petang, tiba-tiba terfikir 'nak melantak apa ye ?' Oit. Jangan risau. Momoy sedia membantu. Okay lah tu. Nak tolong hal lain tak dapat, jadi tolong membesarkan perut je yang termampu. 


Jadi mari sini semua. Momoy nak suggest minum petang yang tak akan berasa menyesal buat perut dan duit kawan-kawan. Di manakah tempat itu ?


Ahaa. Minum petang Momoy hari ini di Pantai Teluk Lipat, DungunBersebelahan dengan Pantai UiTM Dungun. Di sepanjang Pantai Teluk Lipat ni memang banyak la kedai-kedai makan. Pilih saja yang mana berkenan.




Itu dia minum petang Momoy dah sampai

Sotong celup tepung ni dah besar lepas tu macam-macam pula ada. Mau tak terkejut mula-mula tengok hidang sotong sampai sepinggan. Rupanya style orang Terengganu ni makan sotong celup tepung mesti nak tambah salad, carrot dan sengkuang. Tak kisah la. Sebab semua benda tu Momoy suka. 

Keropok lekor kecil. Orang Terengganu panggil ni losong.

Air durian belanda yang sedap dan bersaiz besar. Untuk 3 - 4 orang kot. Tak tahu pula nak datang dalam gelas besar. Tapi serius memang sedap, juicy habis. Pertama kali minum air durian belanda yang sedap macam ni.


Minum petang je tapi makan sampai nak pecah perut, apakah ? Lepas makan apa nak buat ? Exercise sikit untuk buang lemak-lemak dengan jalan-jalan di pantai. 



Pantai Teluk Lipat

Snap la 2 keping gambar. Karang ada pula yang tanya rupa pantai tu macam mana. Susah pula nak menjawabnya nanti. Huhu.



Simple saja aktiviti minum petang Momoy. Tapi serius Momoy suka. Itu pasal la Momoy boleh kerja di Terengganu ni. Dah 4 tahun kerja di Paka ni tau. Wahhh...


Apa pula minum petang kawan-kawan hari ni ? 

17 January 2013

Tanah tumpahnya darahku !


Assalamualaikum sahabat.

First time dalam sejarah hidup beli jersey ni. Dulu fikir dari beli jersey baik beli baju yang boleh jalan-jalan. Nasib baik dapat kesedaran dan hidayah. Jadilah warganegara Malaysia yang baik dan sayangilah negara kita. Terima kasih Khairul Fahmi (Apex) sebab sedarkan Momoy *tiba-tiba*


Nak tayang jersey Harimau Muda Momoy yang baru beli ni. Pilih saiz SS padahal pakai baju saiz M. Nasib baik jersey ni cun-cun cantik je pakai kat badan. Iye lah jersey kan saiz besar-besar. Sebenarnya nak cakap 'nasib la Momoy ni bijak' (sila la faham ye) sebab beli baju ni online. Hehe.



Momoy dah ada jersey Malaysia ni. Lepas ni jangan segan dan malu ajak Momoy tengok bola ye =)




12 January 2013

Cabaran Miracles Beauty Collagen Spray | Testimoni


Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Dah lama ke menunggu review Miracles Beauty Collagen Spray dari Momoy ? Thee hee hee. Sengaja biar kamu semua tertunggu-tunggu. Baru thrill. Maaf la lambat review. Komitmen dengan kerja. Ini BUKAN sponsor review ye. Jadi review adalah telus dan jujur. 


Waktu tidur Momoy dah bertukar 360 darjah. Komitmen kerja kena disiplin hoo. Pada sesiapa yang nak tahu (paksa ambil tahu jugak), Momoy paksa untuk lelapkan mata selepas Isya'. Pukul 9 malam dah beradu okay. Sebab pukul 12 malamnya (kadang terlajak setengah jam) Momoy dah bangun. Bukan meracau ke hape tapi bangun buat kerja. Betul-betul hardworking. Hehe. Korang tak nak puji so Momoy puji sorang-sorang. 


Buat kerja dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Stop kerja pukul 6.00 pagi. Subuh, mandi dan terus pergi site. Lunch hour sejam Momoy gunakan untuk makan, solat dan top up tidur setengah jam. Jadi kawan-kawan boleh bayangkan tak bagaimana stress nya Momoy sampai April ni? 


Sleeping beauty 3 jam mana cukup. Jadi memang frust bila kulit dah licin (pakai Aura Maya skincare) tiba-tiba berjemaah jerawat naik dan wrinkle di mata. Arghhh. 



Miracles facial collagen spray by Miracles Beauty 



Entah macam mana tergerak hati nak try Miracle Beauty. Itu sebab terpengaruh dengan iklan dia yang superb dasyat. Senang diperngaruhi satu hal. Dan satu hal lagi, biasa lah perempuan dilahirkan untuk menghabiskan duit. Isk isk. Jadi jangan salahkan Momoy =)


Tapi betul lah. Mana laa Momoy tak terpengaruh. Cuba tengok ni.



Wah...

Ini lagi wahhhhhhh....



Macam mana ? sangat dasyat kan? Sebab tu la perasaan nak mencuba tu membuak-buak. Lagi pun Miracles Beauty ni 100% dari bahan semulajadi, means tiada bahan kimia dan selamat ! 


Bahan-bahan yang digunakan dalam Miracles Beauty adalah oxygen water, aloe vera, buah delima, sarang burung walit dan rumpai laut. Sebab Momoy dah pernah mencuba rumpai laut jadi Momoy memang percaya keberkesanan produk yang ada kolagen rumpai laut ni. 


Cuma tentang kolagen asli rumpai laut Momoy tak dapat nak teruskan sebab sekarang ni Momoy tinggal di chalet di Cherating selama 6 bulan (projek di Gebeng). Dok chalet mana nak masak-masak rumpai laut dan nak cari peti ais untuk simpan kan. 


Cabaran hilangkan wrinkle dengan Miracles Beauty 


Produk Miracles Beauty ni hanya ada 2 item saja. Sabun dan spray. Momoy ambil spray sahaja sebab Momoy dah ada sabun Aura Maya. Selepas cuci muka Momoy spray Miracle Beauty ni 3-4 kali spray (ketap bibir dan tutup mata). Kemudia tepuk-tepuk lembut dengan dua jari di seluruh wajah. Pada mata Momoy urut 3-5 kali. Ia akan meresap ke dalam kulit dengan pantas. Tunggu hingga kering.



Nampak tak wrinkle dan eye bag ? Sebelum menggunakan Miracles Beauty

Selepas 10 minit sembur Miracles Beauty - wrinkle dan sembap di mata hilang plus lebih jelita. Hehe =)



Macam mana? Macam mana? Kawan-kawan nampak tak Miracle nya? Tu dia Miracle Water SK11 versi Malaysia. Hehe. Gambar tak edit langsung ye. Hanya tambah watermark. Itu baru 10 minit. Kalau guna secara konsisten dan berterusan, kulit akan jadi lebih cerah (whitening), dan pencerahan dalaman (lightening). Nampak lebih muda (age-aging) dan bentuk muka akan lebih runcing (facial lift up). Momoy spray pertama kali pun dah boleh rasa perbezaan pada kulit wajah Momoy. Kulit lebih licin dan glow. 


Harga Miracle Collagen Soap RM 50 (75 gram)
Harga Miracle Beauty Collagen Spray RM 120 (65 ml)
Harga satu set Miracles Beauty RM 170


Mahal bagi spray yang hanya 65 ml tapi berbaloi kan dari beli eye cream yang pakai bertahun-tahun tapi belum tentu dapat hasil. Nak beli kat mana? Momoy beli di sini 




Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



08 January 2013

Specimen dan Momoy


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog MOMOY blogirl.


Ingat dulu zaman sekolah waktu kelas Biologi, kena bedah-bedah katak dan segala macam. Lepas operation katak ghumuk itu terus muntah hijau. Sadis. 


Momoy dah beli beberapa items untuk dijalankan eksperimen atau ujikaji. Seperti biasa item itu haruslah beauty products. Azam tahun baru kan nak cantik dan sihat. Ni kira-kira macam menjadi specimen untuk lihat result eksperimen tu la. Meh lihat bahan eksperimen =)



SNE Kapsul + SNE Beautskin Essence + Excel Tea

Objective : Nak sihat dan kulit yang cerah



Momoy sebenarnya dah start ambil supplement ni sebulan yang lepas. Tapi ambil SNE kapsul dan BE saja. Ini kotak yang kedua (kali ni tambah excel tea). Ramai yang email tanya Momoy ada kesan tak ambil Beautskin Essence ni. Momoy akan buat review penuh selepas 4 bulan consume ye. Sabar ye sayang-sayang sekalian.




RED Pomegranate Cleanser


Objective : Saja-saja nak check betul ke Red Pomegranate ni boleh cerahkan kulit badan yang tak sekata



Sebab Song He Gyo pakai benda alah ni time mandi. Jadi, Momoy pun tergedik-gedik  nak try juga. Siapa Song He Gyo tu? Dia tu pelakon Korea comel yang berlakon dalam drama Full House dengan Rain tu. Tak tahu la propa ke betul. Tapi kalau bukan pasal Song He Gyo ni pun, memang Momoy nak try pun sebab rasa red pomegranate ni macam best jer.



Song Hye Kyo yang comel - source




SF Beauty Skincare

Objective : Nak pastikan adakah produk SF Beauty ni sama hasilnya dengan Aura Maya.




Dari cakap-cakap orang SF Beauty ni beri kesan yang sama macam Aura Maya. Momoy kan pengguna Aura Maya. Jadi haruslah SENTAP bila ramai kata kesan sama tapi harga lagi murah




Miracles Facial Collagen Spray by Miracle Beauty


Objective : Nak hilangkan mata panda. Eye bag makin teruk. Huhu.




Teruja sebab produk ni claim dapat hilangkan dalam masa 5 minit. 5 minit jer ? Hoh. Biar betul. Nanti Momoy review ok. Tak sabar nak review Miracle Beauty ni sebenarnya.





Dalacin T


Objective : Nak hilangkan jerawat-jerawat besar terutama yang berdekatan mata. 



Confident level tinggi yang produk ni bagus sebab beli di farmasi. Konon-kononnya. Nak tahu hasil eksperimen? Jadi tunggu review dari Momoy ye. Sayang kamu semua ketat-ketat.



  • SNE kapsul
  • SNE Beautskin Essence
  • SNE Excel Tea
  • Red Pomegranate Cleanser
  • SF Beauty
  • Miracles Facial Spray Collagen Spray by Miracle Beauty
  • Dalacin T




Oh ya. Ada tak produk-produk di atas ni yang kawan-kawan pernah cuba? Jika ada, berkesan tak? Jom share. 



05 January 2013

Kenapa perlu manicure di spa...

Assalamualaikum kawan-kawan.

Sebenarnya tajuk di atas tu tak lengkap lagi. Ni tajuk yang betulnya. Kenapa perlu manicure di spa, kalau boleh lakukan di rumah ? Ewah.


Sesaja buat entri ni sebab nak bagitahu Momoy dah boleh save banyak duit dari buat manicure di spa atau saloon. Duit tu kemudiannya kita boleh beli benda lain. Eh!


Momoy beli Nail Polish Set untuk kuku Momoy. Sebelum-sebelum ni bukan tak pernah beli tapi hasilnya tak bertahan lama. Jadi kesudahannya tokey spa tu juga yang kaya. Tapi yang ini memang puas hati lah. Simple saja tapi shining, licin dan tahan lama (^________^)



Nail Polish Set - tool to create shining natural nails 



Beli di Guardian jer kit ni. Normal price RM 29.90 tapi Momoy beli time Guardian sale so dapat RM 20 sahaja. Dalamnya ada stick pengasah dan pengilat biru pink (6 pcs), chamois buffer dan buffing cream.



Bagi first time user jangan risau, ada instruction cara-cara nak mengunakannya 
di belakang kit tersebut. 


Kecil  comel je stick biru pink ni. 


Chamois buffer dengan pemegang PINK. Oh oh suka.


Buffing cream


7 gram


Rupa buffing cream macam colgate. Guna sikiiittttt saja tau. Sangat jimat kot.



Oh ye. Kalau nak betul-betul nampak profesional dan konon-konon buat kat spa, boleh buat french coat (yang putih-putih di hujung kuku tu). Momoy pernah nampak ada jual di Watson tapi bukan semua Watson ada.



3 benda ni jer dah boleh dapat kuku cantik ^^



Kiranya semua orang boleh jadi pro dan kuku cantik-cantik la lepas ni. Hehe.



01 January 2013

Alamak. Dah 2013 !

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru semua !


Hari ni hari pertama bagi tahun 2013 ! Maksudnya bertambah setahun umur Momoy. Gulp! Okay. Momoy dah tua sekarang (terpaksa mengaku). Kedut-kedut mula berlumba-lumba dah ni. Siapa tak panik kan?


Jadi Momoy mengambil keputusan untuk memulakan langkah mengurangi Miss K itu. Dah mula sibuk cari produk untuk Q10 la, kolagen la, supplement itu ini. Agak terlambat tapi lebih baik dari tak mulakan, ye tak? 


Orang lain semangat nak sambut New Year. Momoy semangat membeli belah di Guardian Sale! Haha. 



Huh. Melambak-lambak produk untuk kulit. Kalau tak cantik juga tak tahu lah. 


First time ke Kuantan kena naik highway bertol. Sebab semua jalan ke Kuantan ditutup sebab banjir!



Sebagai blogger tak ada entri tentang New Year macam tak complete pula kan. Jadi, mari mula dengan flashback tahun lepas.


Beginning tahun 2012 sangat teruk. Down. Stress. Macam-macam hal berlaku. Tapi serioussssss, kalau tak terjadi hujan, macam mana pula pelangi nan indah nak muncul kan. Syukur. Alhamdulillah.


Bulan kedua 2012, Tukar arah angin. Kerja tempat baru yang lagi fresh, lagi banyak kerja, lagi tension dan lagi banyak gajiiii. Haha. 


Tahun tu juga, pindah rumah baru setelah lama stay di Kerteh. Ingat balik, tengah-tengah malam pindah barang 3 4 kali trip. Boleh? Memang kerja gila tapi time tu memang tengah busy Shutdown. 


Tahun 2012 diteruskan dengan selesaikan lesen memandu yang dah tertangguh 2 tahun sebab busy kerja. WTfish. Siap lesen terus sambar kereta. So, Babyboo dah jadi family Momoy sekarang. Hehe.


'Terima kasih kerana berjanji untuk berkahwin dengan saya bukan sebab paras rupa. Tapi akhirnya kamu kahwin dengan orang lain sebab tertarik dengan kecantikkannya'. Eh. Tiba-tiba. Apa ni. Inilah dia benda yang Momoy belajar pada tahun lepas. Iaitu 'jangan tertipu dan percaya pada kata-kata'. Kena lut dengan semua itu. Kena kebal !


Penghujung tahun, kehilangan seorang kawan lama. Kesilapan kecil 10 minit hilang sahabat 8 tahun. Sedih. Terlajak perahu boleh reverse. Terlajak kata tak boleh 'gostan'. Jadi, 'Hilang Naluri by Once' dituju khas buat diri sendiri TT


Itu peristiwa tahun lepas. Tahun ini pula Momoy berharap dapat...


Nak belajar drive Babyboo dengan lebih baik. Kalau ajak pecut atau racing itu tak ada masalah. Tapi bila bab reverse atau parking, errkkk *tutup muka*Huh. 5 6 kali ke depan ke belakang bila parking Babyboo. Plant Petronas pula mengamalkan reverse parking T_T


Duit adalah segala walaupun ada yang tidak setuju. Jadi, saving saving saving untuk hidup mendatang yang lebih baik. Ewah.



Permulaan tahun baru dapat kad dari blogger Tirana Aduka. Terima kasih bro TA !



Tahun ni nak semangat lebih kental. No feeling feeling. No touching touching. Tiada lagi memendam rasa ketidakadilan atau apa. Kalau ada yang tak nak bagi kerjasama time kerja atau tikam belakang. Harus balas time meeting biar dia terkulat-kulat. Haha. Tahun untuk menjadi lebih cruel. 


Nak makin cantik dan sihat supaya semua orang suka makcik sorang ni. Senang nak ajak kawen. Nak muntah? *nah baldi*


Momoy harap tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Terutama dalam career Momoy. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberi jalan jika menemui kebuntuan. 

Amin.



Sebagai penutup, mempersembahkan selipar bilik tidur tahun baru Momoy. Ngeh ngeh.



Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...