.::: MOMOY blogirl :::.: November 2013

29 November 2013

Erti sebenar sebuah kecurangan


Assalamualaikum kengkawan semua.


Perghh. Tengok tajuk entri dah macam tajuk drama slot Akasia pula. Tak sangka Momoy ni berbakat juga la kan *libas rambut*. Tapi tulis tajuk je la. Skrip orang lain. Muahaha.


Momoy ni seorang yang setia *cough*. Eh. Betul *cough*. Setiaaaa sangat sampai Momoy telah curang tanpa sedar. Uhuk. Hari tu kan Momoy citer yang my babyburn sakit. Momoy kata Momoy sanggup tunggu dia sembuh kan (u.u) 


Haa. Petang publish entri tu, malamnya Momoy dah ada pengganti. Dalam diam babyburn telah Momoy madukan. Huk huk. Momoy tahu beliau telah kecewa dengan sikap Momoy. Sorry my love =.=


Momoy tahu Momoy salah. So, Momoy up entri ni just nak cakap...





sorry

sorry

sorry

sorryyyy





Oh. Tak sangka pula Momoy taip entri geli-geli ni. Haha. Untuk kawan-kawan, Momoy perkenalkan honeydew (eceh. tetiba ada nama). Momoy siap makeover baju dia. Simple saja, guna apa yang ada. Hanya reben (nak guna border lace tapi tak ada), butang-butang extra dari baju Padini dan diamond-diamond yang berguguran. Yang penting ada pink-pink.


Inilah dia simple DIY casing untuk Honeydew...






1. Ikat reben dan lekat.
2. Tabur butang baju
3. Tabur diamond

SIAP 



Hasilnya jadilah begini...




Minimalise saja deco ni





Kih kih kih. Tunjuk casing je la. Simple DIY ni pakai apa yang ada. Buat pun 5 minit je haa. Lepas ni dah tak ada alasan tak  update enti.



P/s: Macam mana pun tetap sayang babyburn lagi sebab camera dia anti-shake. Ambil gambar sambil joget-joget pun no hal punya. Honeydew ni pula tidak recommend untuk golongan tangan parkinson. 


23 November 2013

Short Wishlist


Assalamualaikum.

Hot keyword di blog ni sekarang adalah tentang produk Figure Up selamat atau tidak. Terkejut juga tetiba entri Figure Up tu masuk carta top 10 dan melonjak macam roket. Sebab entri Figure Up ni paling baru la juga compare dengan entri popular yang lain kan.


Dua minggu ni feeling nak review produk, tapi apakan daya Babyburn hang macam tuannya. Keypad jammed. Touch screen tak function. Sedih bangat nih. Nak kena tukar handphone ke ? Huhu...


Sebenarnya banyak benda nak review tapi itulah, Babyburn sakit. Momoy hanya guna jasa beliau bila nak photo shoot produk sebab Momoy tak ada kamera apatah lagi DSLR yang gempak lagi gedabak tu.


Itu sebab juga lah blog ni sepi. Jarang sangat update sampai readers pun cabut lari. Ewah. Macam ler selama ni blog ni banyak readers =.= Tiba-tiba terasa nak menaip walaupun bukan entri review (cepat lah baik Babyburn). Sebenarnya begini...



# telekung travel


Dua tiga hari ni Momoy rajin benar survey telekung yang boleh bawa travel. Sebab Momoy tak suka pakai telekung yang ada kat surau sebab masalah hygiene (terutama kat dagu. ewww). Korang faham-faham la kan. Oleh itu, Momoy sanggup usung telekung cantik Momoy yang satu tu (hoho).


Banyak je jumpa jual online kat Facebook tapi Momoy tak berkenan. Yang berkenan cepat pula sold out. Pffftt. Momoy cari yang jenis sejuk. Mungkin cotton tapi bukan lycra sebab kain material lycra tu jenis yang suka melekap kat badan. Jadi kain lycra ni bagi Momoy memang tak sesuai di buat kain atau seluar (apatah lagi jubah) sebab akan nampak garis seluar dalam dan bentuk bontot. Tapi ramai je perempuan suka pakai kain lycra. Eh eh. Ni dah bukan cerita pasal telekung dah ni. Hehe.


Balik semula, warna telekung yang Momoy cari pastilah yang soft-soft gitu. Sekarang ni banyak telekung yang kaler terang-terang kan ? Striking giler sampai ganggu jemaah lain nak solat. Ciri ketiga haruslah ringan dan mudah disimpan. Nama pun telekung untuk travel kan ?





Gambar takde kaitan dengan entri. Saja letak sebab comel kan ? 
Nasib la pink dah habis.




# Maxi

Gila maxi sekarang. Tengok kat poplook memang cantik-cantik. Kalau korang lambat macam siput, nak kelik-kelik lepas tu ambil pula masa nak membelek-belek, nak compare design mana yang paling cantik, warna apa yang sesuai dengan kulit korang, tengok budget ok ke ko, fikir itu, fikir ini, memang tak payah la nak shopping kat situ. Poplook tu untuk orang yang dilahirkan dengan jari-jari pantas kuasa kuda sahaja.


Dan lagi sekali, material bukan jenis lycra. Say No to Lycra. Untuk maxi ni pendapat Momoy soft chiffon cantik. Nampak flowy gitu bila jalan lenggang-lenggang kangkung. Nampak ayu ala-ala anak dara pengitan kampung sebelah yang kalau gelak tu, tutup mulut dengan tangan. Haa. Sebab tu la tengah hunting maxi.



# Sit up

Padahal boleh je terus mula tanpa masuk dalam short wishlist kan ? Tapi tak tahu kenapa nak masuk juga. Hihi. Nampak sangat yang Momoy ni malas nak bersenam. Ini sangat BETUL. Zaman universiti dulu, celek mata jer terus masukkan kaki dalam palang besi kat kaki katil tu. Pastu sit up 20x. Yang mana dok hostel dulu tu mungkin faham la. Kalau tak faham tu, buat-buat faham je la. Malas nak explain panjang-panjang. Muahaha.



# Solat awal

Okay. Momoy akui Momoy ni suka lambat-lambat bila azan dah bang. Biar pun setiap hari Momoy bangun pukul 5 pagi. Tapi 6 lebih baru nak Subuh. Try juga baca tips-tips jangan lengah waktu solat, tapi kalau perangai sendiri memang dah huduh dan tak nak berubah. Bagi tips apa pun tak jalan. Huhu. Nak buat macam mana eyh. Kot-kot dear Ecan ada cara ekstrem. 


Terima kasih sudi membaca short wishlist Momoy aka bebelan bagi korang (huk huk). semoga harapan pendek ni tertunai ler. Sebarang komen, pendapat, tips ke apa boleh isi kat kotak bawah. Mihmih.


Harapannnnn... harapan menjadi layuuu - nyanyi lagu #Hyperact



13 November 2013

Update isi wardrobe


Assalamualaikum.

Seminggu cuti. Dan seminggu juga Momoy balik KL. Sempat juga pergi potong rambut dan buat hair extension *senyum sampai ke telinga* . Time Momoy balik tu, cun-cun Padini tengah buat sale 4 hari. Timing kena sangat sebab dah lama tak shopping. Lagi pun member card ada dan paling dekat dengan rumah - JJ Wangsa Maju jer. Siapa orang Wangsa Maju kat sini *wave*.


Sebab satu lagi Momoy nak update isi wardrobe. Banyak baju yang dah tak muat. Lama kerja kat Terengganu ni, jadi baju 'adik-adik' dah tak pakai. Dulu berat Momoy 42 kg jer dengan tinggi 163 cm. Kurus keremping sangat. Pernah 38 kg. Kalau angin tiup terpaksa berpaut di lengan kawan. Takut diterbangkan angin. Fuuuuu *efek bunyi angin*


Masa tu kalau fitting baju, mesti try baju size S. Kadang-kadang XS. Kurus sangat sampaikan cik B (breast dan bontot) pun tak ada hokay. Sob sob. Nampak tak, nampak tak betapa kurusnya Momoy di situ. Lepas banyak usaha dan $$$ dihabiskan, akhirnya berat Momoy naik 51 kg. Time ni amat-amatlah gumbira tidak terkata. Nak nyanyi-nyanyi rasa. Bertahun-tahun cuba tambahkan berat badan dan telah berjaya lepas consume supplement INI. So bertekad nak tambah lagi 2 kg sebab kalau ikut BMI berat haruslah 53 kg baru lah normal (itu pun atas urat jer).


Akhir Oktober hari tu Momoy nampak mesin BMI kat luar Mydin. Okay, guess what ? (ececeh). Tadaaa...




Berat 53 kg. Yesss !




Tinggi 156 cm. Aik. Tinggi 156 cm jer. Eh. Bukan 163 cm ke? Macam confuse pula. Mesin tu salah atau ketinggian Momoy dah transfer tukar jadi lemak? Kalau 156 cm ni ikut BMI dah okay. So, nafsu makan kena control sikit-sikit la. Tapi apa pun Momoy tetap happy (ke nak sedih makin katik ?)


Maka, Momoy pun....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Update isi wardrobe Momoy ke size M !
Hip hip Hoorey !




Dah update 20+ helai dah. Mihmih.. 
Majoriti mestilah pink ! Ada banyak tone pink tau. 
Betul-betul giler pink tapi tak nak ngaku.




Accessories pun beli macam orang hilang akal. Tapi tak ambil gambar sebab dah simpan malas nak keluarkan semula. Time ni baru terasa okay kalau pakai peplum. Jadi, tambah peplum juga dalam koleksi wardrobe kali ni.




Gambar blur pula. Handphone murah. Tapi actual memang sangat cantik kena dengan 
tuannya yang cantik *tangan kat bahu, mata ke atas*




Design dan material peplum ni cun, nampak macam 'high maintenance girl' (tu diaa). Muahaha. Pakai dengan hot pant atau skirt, skinny belt dan red stiletto ! Terus feeling macam cantekkkk jerrrr *cough* Macam comeeeel jerrr *cough*. Sorry Syasa Legoland. Peace !




P/s: Dah lama tak pakai heels lepas kaki sakit. Huhu... Cepat sembuh ye. Momoy dah rindu nih.

09 November 2013

Review Ibu Putih | Magical Whitening Cream


Assalamualaikum semua.

Wee... lama dah nak buat review krim ibu putih ni. Akhirnya, berjaya juga menaip. Itu pun kalau bersemangat taip sampai habis, sempat publish dan tak masuk draft. Tapi kan, sebelum tu Momoy ada update sedikit maklumat penting bagi dear Figure Up users. Sila baca di >>SINI<<


Momoy start guna krim ibu putih ni bulan September. Dah habis licin dah sebekas tu. Bekas sangat kecil tapi tahan agak lama juga sebab guna sikit saja tau. Beli pun sebab terpengaruh dengan perkataan 'ibu'. Memang sangat power la perkataan tu. 





Krim Ibu Putih atau Magical Whitening Cream
Katanya permanent skin whitening




Mula-mula guna Momoy pakai kat muka. Ikut arahan campur dengan night krim sebab ibu putih ni adalah pekat dan sekali lagi, ibu putih ni adalah ibu segala krim pemutih ! IBU tuu... Jadi kena mix dengan krim jika nak guna di muka. Kalau nak guna di badan, perlu campurkan dengan lotion. Guna sikit saja ibu putih ni.


Dapat di tangan, texture lembut dan tak likat sangat (macam krim yang ringan) dan berwarna putih. Momoy pakai kat muka pada malam pertama. Bau wangi. Rasa macam ada sedikit 'rasa macam tajam' gittew. Oh ye. Lupa bagitahu. Momoy mix dengan serum. Bangun pagi esok. Muka memang glowing, lembap dan terasa kulit sangat lembut. Suka suka suka ! 




Tekstur ringan dan tak pekat.




Hari kedua pula Momoy pakai dengan night cream. Pemerhatian Momoy, ibu putih ni senang nak blend dengan krim compare dengan serum. Dan esok paginya, dapat result yang sama. Muka lembap, lembut dan glow !


Tapi Momoy cuma guna dua kali sahaja kat kulit muka. Sebab rasa macam 'tajam' jer, jadi Momoy macam risau jer nak pakai benda tu kat muka. TAKUT ! Mungkin Momoy terguna banyak sebab tu rasa macam tajam. Walaupun calit sikit je, tapi ibu putih tu kan 'ibu' ? Jadi kuantiti yang Momoy guna walaupun sikit tapi mungkin banyak bagi muka. Entahlah. Tapi sebab takut Momoy stop guna kat muka. 


Tapi takkan nak buang. Sebab ibu putih tu boleh tahan mahal juga. Jadi, Momoy fikir nak pakai kat badan saja. Tapi sebab kecil Momoy test pakai di lutut sebelah kiri SAHAJA. Saja nak test macam mana kesannya. Alaa. Macam eksperimen kat sekolah dulu. Buat dua sample. Gitu la konsep dia. Haa.





Saja tunjuk bekas



Cara Momoy pakai ibu putih di lutut (kiri). Lepas mandi dan sebelum masuk tidur, Momoy sapu lotion atau VCO oil di seluruh badan TAPI kat lutut kiri Momoy skip. Kat lutut kiri, Momoy sapu toner dahulu. Kemudian baru sapu ibu putih nipis-nipis.  Lepas sapu ibu putih tu, Momoy cium-cium lutut sendiri sebab wangi. Hahaha. Kegilaan apakah ini ? Bangun tiap pagi, check dan sentuh lutut kiri. Rasa smooth dari sebelah kanan. 


Pengalaman Momoy sepanjang guna ibu putih tu, lutut kiri jadi bertukar menjadi kulit yang halus nipis berkilat. Menjadi gelap (lebih gelap dari asal) dan licin, macam 'plastik' ! Momoy memang rasa sangat risau. Kemudian, slowly ia mengelupas. Tapi untuk mempercepatkan proses peeling tu, Momoy scrubbing lama sikit kat area tu bila mandi. 


Selepas sebulan bulan pakai ibu putih pada lutut kiri (tak pernah dibuat orang pakai sebelah je Momoy oii), apa yang Momoy boleh simpulkan. Jeng jeng jenggggg....


Lutut sebelah kiri Momoy memang agak cerah sikit dari lutut sebelah kanan. Tak putih melepak macam kapas tapi nampak la beza cerahnya tu sikit dari kanan. Result sangat lambat tapi ada nampak kesan. Siapa yang guna di muka, Momoy rasa kesannya lagi nampak laa kot sebab kulit lutut lebih tebal, berkedut dan kebal kan ? Tapi kalau tanya Momoy, Momoy jujur jawab tak nak guna lagi krim ibu putih ni.


Dapat juga habiskan entri ni. Oh ya. Momoy beli krim ibu putih tu di >>SINI<< Siapa lagi yang guna ibu putih ni, jom komen. Momoy nak pergi buat eyelash perm. Dah turun dah eyelashes Mmoy ni. Yang tak tahu nak buat apa tu, boleh baca review yang lain =) Daaa...



P/s: Lately ni Momoy macam jadi seorang yang serius hingga terbawa bila update blog >.<

07 November 2013

Simple hair do


Assalamualaikum.

Seminggu lebih berkobar-kobar nak update blog tapi internet buat hal pula. Loading berjam-jam. Padahal baru bayar. Nak tulis banyak perkara sebenarnya. Sebabkan masalah Celcom ni, Momoy just sharing simple DIY yang Momoy kopipes dari Facebook. Senang juga untuk Momoy cari nanti. 


Lagi pun banyak keyword 'cara ikat rambut Korea', 'cara ikat rambut panjang', 'style rambut Korea', 'tutorial rambut ala Korea' dan bla bla bla pasal tutorial rambut Korea kat blog ni. Walaupun tutorial ni bukan la Korea sangattt (sorry), tapi sweet juga dan paling penting senang


Momoy kalau yang susah dan berbelit-belit pun, nanti Momoy yang tensi bila buat-buat asyik tak menjadi. Contoh macam fishtail braid sampai sekarang tak reti-reti. =.= oh macam tutorial ni braid yang biasa-biasa so, oklah bagi Momoy, senang nak ikut ^^


Siapa tak ada kerja, jom try buat sama-sama tutorial yang macam cantik jerrr, macam comel jerr, macam cantik jerr ni... 















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...