.::: MOMOY blogirl :::.: December 2014

28 December 2014

Banjir


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selama 6 tahun Momoy kerja di Terengganu ni, inilah kali pertama Momoy alami sendiri pengalaman banjir. Sebelum ni kalau musim tengkujuh hanya rasa hujan ribut hari-hari. Paling teruk pun, pernah hampir-hampir kereta Momoy terbalik sebab longkang tepi jalan pecah sebab arus kuat. Itu saja lah.



Tapi tahun ni berbeza. Momoy rasa sendiri.  Ceritanya 5 bulan lepas Momoy pindah rumah dan rupa-rupanya kawasan rumah baru Momoy tu adalah kawasan risiko tinggi banjir. Rumah Momoy berdekatan dengan sungai besar dan laut. Jadi, boleh bayangkan tak bila hujan turun lebat beberapa hari tak berhenti-henti ? Bila malam pula, air laut pasang. Huhu.



2 hari lepas, petang tu Momoy alih kereta ke tempat tinggi sebab keliling rumah Momoy paras air dah naik setinggi lutut. Ingatkan dah selamat. Malam tu, tidur-tidur ayam jer. Sebab takut air naik tak sedar. 



Pukul 2 pagi Momoy buka pintu (hujan masih turun) air dah makin naik sampai paras pinggang. Kawasan keliling dah macam pulau. So kelam kabut pergi harung air ke tempat kereta nak alih kereta buat kali kedua. 2 jam berpusing-pusing cari jalan yang air tak tinggi sangat dan kereta boleh lalu. Area situ dah terputus hubungan. Masa-masa macam ni cuma mampu berdoa janganlah enjin kereta mati masa mengharung air. Alhamdulillah, berjaya juga dan Momoy parking kerta kat masjid tanah tinggi. Masa tu dah pukul 4 pagi dan ramai yang parking situ.



Dengan hujan masih turun, gelap, sejuk, lapar, Momoy jalan kaki harung air dengan hati-hati sebab takut lubang ke, longkang ke memang tak nampak. Kalau kena tempat arus kuat memang rasa macam nak terhanyut jer badan ni. Pukul 5 pagi dah waktu tu nak berjalan berkilometer nak balik ke rumah semula. Sampai rumah Momoy tertido penat sampai tak sedar Subuh. Bangun pukul 10 pagi, air makin naik, masih hujan tapi renyai-renyai.



Tengok keliling rumah dah macam pulau. Habis semua tanaman pokok cili, halia, lengkuas, pokok bunga semua tak nampak. Pokok tebu pun nampak hujung daun jer. Sedih je rasa sebab tu first time Momoy tanam pokok dan tak sempat nak rasa. Cili padi jer sempat petik beberapa hari lepas.



Itu baru banjir kat tempat Momoy. Momoy tak dapat imagine apa yang terjadi kat Kelantan sana tu. Air sampai tingkat 3. Semua lari ke bukit. Baby, ibu mengandung, orang-orang tua dengan bantuan yang susah nak sampai. Entah berapa hari dah tak makan, sejuk, dan macam-macam.



Kalau pun semua okay, tapi selepas tu macam mana ? Kereta ? Rumah ? Mesin basuh ? TV ? Buku-buku sekolah ? Urmm... Banyaknya yang Momoy belajar dari bencana hari ni. Menghargai dan bersyukur dengan apa yang Momoy miliki. Kawan-kawan di sana, semoga kalian tabah, dikurniakan Allah kesihatan dan rezeki yang tidak putus-putus. Banjir pada yang tidak rasa, mungkin fikir seronoknya main air, seronoknya boleh cuti. Tapi sedarlah, ramai yang kehilangan harta benda malah orang yang tersayang. Marilah berdoa supaya mereka di sana cekal dan tabah menghadapinya. Amin.



P/s: Hujan belum berhenti lagi. Gelombang kedua dijangka 30hb ni.
P/s: Maaf kalau Momoy tak reply email, inilah sebabnya. Jangan marah-marah tau.



21 December 2014

Jalan-jalan cari kain


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sambil-sambil makan yogurt ni Momoy menaip. Terpaksa makan yogurt masam tu sebab nasihat doktor sebab lidah pecah. Nak cakap sakit, nak makan pun perit. Nasib baik ada blog. Tak payah cakap. Kui kui. 



Hari tu Momoy apply cuti seminggu. Balik KL sebab ada training 3 hari kat Hotel Istana. Semua yang pergi tu 5.5k company yang bayar. Sebab Momoy freelancer jadi sdn bhd la bayar. Huhu. Gedik sangat nak attended course tu (tak ada paksaan dari sesiapa pun), jadi pejam mata bayar beribu riban. Demi career... 



Nasib baik rumah kat KL jer, jimat tempat tinggal. Cuti yang ada, Momoy ambil kesempatan nak cari kain kat Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) tapi nak cari parking punyalah seksa. Lepas sejam mata melilau-lilau cari tak jumpa, lastly, parking kat SOGO. 



SOGO pula hari tu ramai orang, cari parking sini pun puas melilau juga. Nasib lah perangai sekarang dah boleh bawa banyak bersabar. Thank Ecan. Momoy pergi berdua, dengan ibu. Ibu kaki shopping. Jadi rasa lega dan tak lega bila tengok SOGO buat year end sale dan hari tu hari pertama. Rasa lega sebab bagusssss sangat sebab nak tinggal ibu kat SOGO tu sementara Momoy pergi Jalan TAR cari kain. Yela, nak cari kain masuk kedai ni kedai tu rasa macam kesian pula kat ibu nanti kan. 



Part tak lega adalah dugaan besar menahan nafsu sepanjang lalu kat rak-rak baju, handbag, kasut kat SOGO tu. Mata memang pandang ke depan je sepanjang kaki melangkah cari pintu keluar. Tak toleh kiri kanan takut terpedaya terus join ibu shopping sama. Parah kalau macam tu. 



Lepas tinggal ibu dengan mata yang bersinar-sinar tengok sale kat SOGO tu, Momoy terus jalankan misi mencari kain. Masuk keluar semua kedai kain yang berderet-deret tu tapi tak ada yang berkenan. Masuk Nagoya tawaf satu kedai tapi semuanya kain semua bercorak. Hais. Kain plain ada kat depan pintu masuk tapi tu semua kain cotton (kapas) untuk buat baju sekolah. So, keluar lepas jelingan tajam salesgirl Nagoya tu. Uhemmm uheemmm. *efek bunyi nangis sebab ada yogurt dalam mulut*



Pusing-pusing masuk keluar kedai kain kat Jalan TAR tu tapi kebanyakan kain ela yang dah siap potong 4m. Cantik-cantik juga. Boleh dapat murah kalau pandai tawar. Dah penat pusing-pusing situ, masuk Gulatis pula. Gulatis Jalan TAR ada 8 tingkat combine sekali dengan motel dia. Servis kat Gulatis ni giler bagus, lima bintang wehh. Kedai besar tapi tak ramai orang dalam Gulatis.



Kat Gulatis ni best sebab layanan customer memang first class. Masuk jer diaorang provide sorang pekerja dia untuk entertain kita. Tanya ajelah apa-apa jenis kain yang kita nak, dia akan terus bawa tunjuk. Nasib baik Gulatis situ ada lif, jadi naik turun tingkat berapa pun tak penat. Honestly, Momoy tak boleh duduk lama-lama kat sini sebab semua kain sangat-sangat cantik. Rambang mata. 



Kualiti kain kat situ memang terbaik dengan harga yang boleh kita tengok purse duit cukup ke tak ni nak beli. Hehe. Harga kain kat Gulatis tu boleh cecah puluhan ringgit dan ratusan ringgit semeter biarpun dah sale. Huis. Patut kedai tak ramai orang. Euro Moda dan Jakel tu pun satu company dengan Gulatis. Kalau tak salah Momoy, satu mak dan satu abah. Ni kedai fabrik pilihan designer-designer. Sebab tu kalau orang tiru sebijik sejebon design baju designer tapi still tak nampak lawa dan mahal, sebabnya apa? Ya, sebab kualiti material yang diguna tak sama. Hihi.



Time nak bayar, Momoy jumpa sorang designer lembut yang kekwat. Amboiii. Nama dirahsiakan. Eh. Ni bukan belog gosip. Sambung balik *sambil sumbat yogurt* Pekerja kat Gulatis tu offer nak tolong bawa kain sampai kat kereta tapi Momoy tolak. Sebab Momoy parking kat SOGO, lagipun nak jalan kat kedai kain yang lain pula. Pekerja dia siap pesan, kalau nak shopping lagi, parking je kat belakang kedai. Ada tempat parking rupanya belakang Gulatis. Urmm... bagus ni, kalau Momoy datang lagi lah.



Habis shopping kat Gulatis, Momoy lintas jalan straight pergi Kamdar. Sebenarnya awal-awal tadi dah masuk Kamdar dah tapi tak nampak kain, yang nampak jual baju ready made lelaki jer. Kali kedua ni masuk Kamdar terus cari tangga gigih naik ke tingkat atas dengan dua beg besar kat tangan. Mana lah tahu kain ela ada kat atas. 



Kat tingkat atas tu betul, ada jual kain. Atas sekali mungkin kain untuk buat curtain (langsir). Kot. Momoy tak pergi jenguk. Malas lah. Tengok masa juga sebab takut ibu dah puas shopping. Challenge kalau shopping kat Kamdar ni ialah korang kena cari sendiri kain yang korang nak. Sebab majoriti pekerja dia tak tahu jenis kain. Huhu. Jadi, lebih baik terus cari pekerja dia yang otai (orang tua lama) sebab diaorang tahu la sedikit sebanyak pasal kain (bukan jenis kain ye).



Kalau nak compare harga kain di Gulatis, memang macam langit dengan bumi lah. Tapi still masih ada yang berkualiti sesuai dengan hargalah. Kalau pandai cari dapatlah yang hampir sama kualiti dengan kat Gulatis. Tapi still kain kat Gulatis lebih-lebih lagi lah kan. Tapi sangat tak adil Momoy nak bandingkan strawberry dengan limau, ye tak ? Kalau ada duit lebih, boleh beli kat Gulatis dan kalau duit kurang sikit boleh beli kat Kamdar. Haa gittew.



Dah siap shopping kain kat Kamdar, uncle tu cakap bawa kereta kat sini (depan kedai), nanti load je kain yang dah beli tu. Lain maksud dengan parking kereta depan Kamdar lepas tu korang keluar shopping. Kalau buat macam tu dapatlah surat cinta dari polis bandaraya ok.





Ni bukan kain. Tapi 3d flower yang sangat comel





Yogurt dah habis jadi dah boleh stop menaip. Okay, itu saja lah cerita Momoy pasal jalan-jalan cari kain. Hahaha. Itu pun nak upload. Uishhh... biarlah. Selalu beli baju yang ready made jer, ni pengalaman beli kain tak buat baju lagi. Kalau ibu tak ikut memang akan pergi kat Semua House pula. Kihkih.



Sekarang nak calit gel kat lidah pula. Kalau tengok cermin dan jelir keluar lidah akan nampak putih-putih macam pecah tu. Sakit sangat tau. Kalau ada yang sakit macam tu, pergi farmasi cari 'Dexaltin Oral Paste'. Gel tu comel sangat 2 gram jer tapi berkesan. Harga RM 11 ikut tempat. Momoy pakai semalam masa nak tido. Esoknya dah berkurang. Eh. Cerita lain pula. Haha. Ok lah, bye.





11 December 2014

My baby Polaroid


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pff... ye Momoy tahu apa yang kamu semua fikir. Kenapa Momoy beli Polaroid dan bukan DSLR. Semua ada pandangan masing-masing kan. Momoy tak tahu berapa lama dah entri ni tersimpan dalam draft. Jadi hari ni kena juga publish macam mana sekalipun. Lagi pun dah 3 minggu blog ni tak berupdate. Sorry. Momoy busy projek akan datang (nanti Momoy announce) dan training untuk career Momoy.



Zaman Uni dulu Momoy giler game Red Alert dan cerita Korea sampai tak tido malam. Kalau suruh study bukan main liat. Pandang dinding yang kosong tu pun rasa lagi menarik dari tengok buku. Momoy excited bila tengok cerita Korea atau Jepun, mesti ada tunjuk gambar besar kad kredit yang boleh tulis kat bawah gambar tu. Style sangat tau. Ia dipanggil polaroid film !!!



Mungkin kamu anti K-Pop. Tapi kannn kalau tengok cerita omputih pun, banyak jer gambar polaroid. Paling famous gambar Eiffel Tower. omo omo. So sejak hari tu Momoy pasang angan-angan nak ada Polaroid yang suweeet tu satu.



Bila tengok cerita "Rindu Awak 200%" rasa nak camera tu datang balik. Ayda Jebat punya kaler putih.





Momoy punya Instax Camera mestilah PINK ! Momoy perkenalkan M I M I
mimi mimi mi mi mi, mimi mi only mimi. 
Angan-angan menjadi kenyataan lepas 10 tahun. Kihkih. Lama giler.  







Beberapa bulan lepas, ada voucher untuk Instax Mini 8 di Groupon. RM 199 dari RM335. Murah sangat tu walaupun Momoy tahu harga Instax Mini 8 tu dalam RM 240 - RM 280 jer kalau pandai tawar. Tapi memang ada kedai yang jual RM300. Jadi pandai-pandai lah survey harga =)



Tapi still murah sebab RM 199 jer. Tapi Momoy beli RM 174 lepas guna discount free credit RM 25. Hehe. Mana nak dapat Polaroid RM 174 jer. Kan ?






Film pun beli kat Groupon. RM 75 untuk 40 keping. Murah murah. Sebulan Momoy set guna 10  keping je guna sebab kedekut film mahal.





Masa camera ni sampai kat tangan, rasa macam oh maiii feeling macam cerita Korea dah datang. Macam setiap saat nak klik klik klik sebab boleh dapat gambar on the spot. Tapi sedar diri yang film dia mahal dan kena sabar. Lagi pun beli camera ni sebab nak rakam detik terindah. Chewah.



Sebab filem dia mahal dan Momoy tak nak rasa frust bila sekeping snap rasa tak puas hati. Jadi sebelum camera ni sampai kat tangan, hari-hari tengok cara guna, tips dan trick guna Polaroid kat Youtube. Tips dari Momoy, sila pandaikan diri dulu kalau tak mahu membazir hatta sekeping pun wokay. Jangan gelojoh.



Satu lagi tips penting bagi pengguna Polaroid macam Momoy. Cececeh... bila gambar keluar jangan terus nak goyang-goyang gambar tu. Nanti kelabu. Tunggu 2-3 minit baru goyang-goyang inul gambar ok.



Jadi ni specification Mimi.


Specifications of Instax mini 8

Camera type : Point & Shoot Instant Camera
Film used : Instax Mini Film ( Same like 7s )
Viewfinder: Real-image viewfinder with 0.37 × objective point
Focus: 0.6m - ∞( infinity )
Exposure Control: manual transmission system (LED indicator in exposure meter)
Flash: flash trigger constant (automatic light adjustment)
Recharge time: 0.2 s to 6 s (when using new batteries)
Effective Flash Range: 0.6 m - 2.7 m
Power source: 2x AA alkaline batteries 1.5 V LR6 (Batteries Provided ! )
Dimensions and weight: 116 mm × 118.3 mm × 68.2 mm / 307 g (weight without batteries, strap and film pack)


Package included with every purchase of Instax Mini 8 Instant Camera:
-1 Instax Mini 8 Camera (diamond tu Momoy buat sendiri ye, jangan pula tanya orang kedai)
-Strap
-2x AA Alkaline Batteries
-Manual
-1 year warranty card from Fujifilm Malaysia (okay yang ni beli dari Groupon tak ada pun. Huh)
-FREE Postage within Malaysia






DSLR memang gempak TAPI Instax Camera lagi cool sebab boleh 
keluar gambar on the spot ! 
Love you to the moon lah my baby Mimi *kiss kiss*





Momoy beli yang basic jer. Kamera dan filem. Instax camera ni ada macam-macam lagi accessories yang comel-comel. Boleh google atau check kat Instagram pun banyak jer jual strap, sticker, instax camera case, album atau film yang cantik-cantik.


Siapa lagi yang ada Instax Camera ???? Sep sikittt. Hehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...