.::: MOMOY blogirl :::.: Search results for lip balm
Showing posts sorted by relevance for query lip balm. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query lip balm. Sort by date Show all posts

30 May 2013

Tint Lip Balm yang paling comel


Assalamualaikum.

Dah lama kot Momoy teringin nak cuba lip tint. Nak juga budget diri ni ala-ala team dari Girl Generation. Serius suka bila tengok awek-awek Korea (tengok dalam tv je), bibir diaorang pink-pink segar basah jer. Phewww...


Tapi bila pakai lip tint akan buat bibir Momoy sangat kering. Memang bagi sesetengah orang, lip tint akan menyebabkan bibir kering. Nak selamat pakai lip balm dahulu kemudian baru lip tint tau.


Jadi bila teman kawan beli make up di The Face Shop, Momoy just usha-usha saja la. Sebab dah setahun tak make up dan beli alat make up. Jimat juga. Dulu kalau beli barang make up (brand dari Korea sudah pasti), boleh habis sampai lapan ratus sekali beli. Dasyat kan? Jadi amalan comel itu dah dibuang jauh-jauh tapi diganti dengan belian supplement. 



Momoy nyer yang bekas pink tu je.



Mulanya temankan kawan saja. Tapi gatal la pula try tester untuk tint lip balm. Homaii... Dah try jatuh cinta pula dengan tint lip balm ni sebab ia plus lip balm dan lip tint tapi tak mengeringkan. Best best... 




The Face Shop Lovely Me: Ex Tint Lip Balm 
Fuhh. Baca dengan sekali nafas.



Back view




Lagi pun packaging sangat-sangat comel tau. Urm... susah juga nak jumpa item The Face Shop yang comel-comel. Sebab kebiasaannya skincare dan kosmetik dari The Face Shop, packagingnya sangat boring. Hehe.


Ada orang tanya kenapa Momoy ni sangat tabsub dengan lip balm? Bibir yang lembap bagi Momoy sangat penting yer. Kalau bibir kering nampak semacam mencacatkan penampilan (amboi ayat) sebab mengelupas berdarah bagai sangat tak selesa dan tak cantik hokay. Euwww. 




Ada butter patut la tak kering.




Mulanya nak ambil kaler pink. Tapi hanya tinggal cherry dan orange saja. So pilih yang cherry. Lepas ni boleh rasa cherry pula untuk gantikan watermelon favour dari Lip Pot Silkygirl. Lagi pun tint lip balm The Face Shop ni lagi kawai dari yang Silkygirl tu. 





Comel nyer laa...





Kalau nak efek pink, Momoy apply tint yang bentuk buah cherry tu. Memang pink. Kalau Momoy nak merah pink, Momoy combine dua-dua. Tapi kalau pergi kerja, Momoy just pakai lip balm je nampak soft pink. 



Yang Momoy SUKA:

  • Packaging sangat-sangat comelllll ! Pink dan girlish !
  • Tak keringkan bibir 
  • Lip balm dan lip tint dalam satu bekas !
  • Pakai sedikittttt saja dah cukup.
  • Boleh pilih nak pakai lip tint sahaja atau lip balm atau kedua-dua sekali.
  • Nampak basah-basah dan melembapkan.
  • Tahan lama dari lip tint lain. Cuma re-apply bila minum air.

Yang Momoy TAK SUKA:
  • Bau cherry best. Tapi kadang-kadang rasa seperti bau pewarna dalam makanan.
  • Susah nak simpan dalam poket jeans sebab bukan jenis stick dan bekasnya besar dari syiling 50 sen.
  • Rasa sedikit melekit-lekit.
  • Kena guna brush kecil atau jari (kurang hygiene) sebab jenis bekas bukan stick. 


Harga Tint Lip Balm ni RM 32.90 tapi sebab Momoy campur dengan item-item lain (kawan punya) so cuma perlu bayar RM 29.90. Bagi Momoy mahal juga tapi sebab dapat 2 in 1 (lip balm dan lip tint).


Kalau tak suka cherry. Ada 2 lagi warna pilihan - oren atau pink. Huuu. Nak sangat yang pink tu tapi cepat sangat habis. Next time kalau jumpa yang pink, harus Momoy sambar cepat-cepat.




Pink - Orange - Cherry



Marilah jadi awek Korea dengan tint lip balm!
Ahaks ~



04 July 2012

Reese's Pieces MEGA BALM

Assalamualaikum kawan-kawan.


Salah satu item yang wajib bagi Momoy adalah lip balm. Seperti lotion yang Momoy tak boleh tinggalkan setiap hari. Begitu jugalah lip balm. Lip balm ni sangat-sangat membantu Momoy untuk mendapatkan bibir yang lembut dan lembap.



Momoy nak review Reese's Pieces MEGA BALM yang besarnya 3 kali ganda dari lip balm biasa. Lip balm ni dari Hershey's New York. Buatan Taiwan.

Momoy beli perasa chocolate. Bila buka penutup dan cium-cium (hidu sebenarnya) ada bau cokelat yang yummy yummy ^________^



Bila pakai tak ada pun bau cokelat tu T___T

Tapi bila fikir dari sudut yang positif (untuk ambil hati Momoy), mungkin bagus juga sebab kalau bau cokelat  tu kuat, confirm Momoy asyik jilat bibir jer. Mesti rasa macam cokelat asli jer.

Dari segi packaging, lip balm ni sangat hodoh. Walau pun begitu, Momoy suka sebab lip balm ni sederhana lembap. Oh ya, Momoy kurang suka lip balm yang terlampau moist sampaikan terasa oily. Pelik.

Lip balm ni teksturnya sederhana padat. Tak pecah-pecah dan sangat smooth bila calitkan di bibir. Tak kering dan lembap sentiasa. Mabeles!



Lip balm ni jenis yang berwarna. Sebenarnya Momoy prefer yang clear atau light pink. Tapi kalau dah pilih yang chocolate, apa lagi warna yang terlintas kan. Mestilah koko. Tapi Alhamdulillah, tak adalah obvious pun warnanya bila pakai.



Ini dah 4 bulan penggunaan Reese's Pieces MEGA BALM sekerap mungkin. So, ada sesiapa boleh teka bila lip balm ni akan habis?

24 November 2012

Lip balm | Benda yang Momoy tabsub !


Assalamualaikum sahabat dan readers.


Momoy sebenarnya sangat fanatik dengan lip balm. Banyak brand dan jenis lip balm Momoy ada. Rasanya, dah ada dekat 8 batang lip balm. Banyak tak?


Semua tempat, wajib jumpa lip balm Momoy. Dalam bekas pensil, meja study, beg lappy, kereta, handbag dan macam-macam la. Pendek kata, memang tak boleh hidup tanpa lip balm !


Remember Momoy pernah review giant lip balm dari Reese? Yang terbaru, Momoy baru sahaja beli benda alah ni semalam.




Putih | Lip ice
Pink | Lip treat

Comel giler packaging =)

Lip Ice Mentholatum
Lip balm sunscreen protection 
strawberry flavor
SPF 15



Lip ice paling lama Momoy guna. Selalu beli perisa lemon. Tapi kali ni nak try strawberry pula. Suka lip ice sebab sejuk dan lembap je bibir. Tapi jujur cakap, yang lemon lagi best dari strawberry.


Bila tengok lip balm ni di Watson, terus screaming excitedly ! PINKKKK ! Sooo girlie kan. 



IN2IT Lip Treat
SPF 20 PA++ with DPHP
strawberry flavor



Terlebih excited sebab lip balm ni ada DPHP. Teringat ada produk Jepun untuk skincare yang ada DPHP. Macam kulit baby. Ada 4 warna tapi Momoy pilih yang sofy pink. Nampak lembap-lembap dan pink yang natural.


Momoy kalau keluar jalan, terlupa bawa lipstick tak apa lagi. Tapi kalau lupa bawa lip balm, sanggup patah balik. Sangat tak suka bila bibir tak lembap, terasa kering. 


Bibir Momoy lembut. Siapa nak kiss kiss ~



MOOD: Tengok Hanis Zalikha dalam Mariam Kampung Putat

13 October 2013

Inilah bendanya...


Assalamualaikum.


Hari tu kan Momoy ada post pasal skincare baru. Pfff... terpaksa cuba dan memang nak cuba pun sebab kulit muka Momoy dah tak flawless dah. TOLONGGGGG... Tak tahu sebab apa. Tiap kali start je projek baru, mesti kulit jadi tak cantik. Huwaaaa.... padahal projek kali ni Momoy jarangggg sangat masuk site. Apakah manja sangat kulit ni macam tuannya. Hoho. Sila muntoh.



Entri kali ni saja nak cerita tentang sampah barang yang Momoy usung ke hulur ke hilir. Kalau tak ada salah satu ni ada la rasa serba tak kena. Ingatkan barang dalam bag sikit je. Bila dah selongkar, boleh pitam. Patut le berat ! Heh. Beg gadis memang berat wokeh. Kalau boleh satu almari nak sumbat. 








Apa yang ada ? Lalala... first time nak tunjuk khazanah dalam bag. Sila tepuk tangan. 






  • Handphone

Malas nak letak gambar babyburn. Sebab babyurn mengalami calar dan kecederaan yang amat teruk. Nasib la dapat tuan yang ganas tapi penyayang ni =.= Huh. Tak kenal siapa babyburn ? Baca NI.




  • Kunci 

Baca dengan satu nafas tau.
Kunci kereta - kunci bilik - kunci rumah - kunci grill - kunci mangga grill - kunci loker - kunci cabin - kunci meja kat ofis - kunci meja kat site - kunci laptop. Fuhhh... 



  • Purse comel ^^


Pakai ni je senang. Kecil dan comel je. Momoy ni kalau pakai purse yang biasa tu, 
makin banyak sampah yang Momoy buat koleksi.  




  • Maskara

Benda alah ini akan muncul dalam bag sekiranya Momoy baru buat eyelash perm. Kalau tidak jangan harap Momoy akan selit beliau dalam bag. 



The rocket Maybeline yang selamat mendarat dalam bag Momoy =.=
Beli pun time maskara kecintaan tercicir kat site. Uwaaa... RM 100++ kot yang itu.
Lastly, pakai yang murah ni je. Janji ada.



  • Face Sun block

Kiri | Nano White sunblock SPF 50++
Kanan | Nano White CC cream 



Sunblock tu wajib pakai. Tapi yang CC cream tu kadang-kadang je guna. Tapi nak sumbat juga untuk beratkan beg.



  • Bedak
Tak gegirl langsung guna bedak ni okay. Beli berbagai jenis bedak pun tak guna, sebab akhirnya 
bedak baby ni juga yang Momoy tepek.  Biarlah tak gegirl tapi secomel baby. Muahaha *baldi pleaseeee*



  • Krim/ Losyen
Kiri | EUBOS sensitive hand & repair cream
Kanan | Nivea whitening serum spf 25++



Kot-kot terserempak dengan mak-mak datin (girlfriends yang hot-hot), bila salam tak adalah tangan diaorang terluka ke tercalar ke kan. Itu lah rahsia Eubos.
Yang sunblock nivea tu Momoy bawa bila waktu siang je. Bau macam buah oren.




Yang ni pula Momoy bawa waktu malam/ aircond. Spa Aromatherapy lavender oil dari minyak kelapa dara dan pati lavender (motif sangat kan) Haha. Suka bau lavender. Kulit lembap sentiasa.  Pakai kat tangan dan tapak kaki supaya lembut. 



  • Lip balm
Ramai dapat teka betul. Suka giler dengan lip balm. Mesti bawa lebih dari satu.



  • Women stuffs
Kiri | Feminine hygiene 
Kanan | Masker Vagina JSD



  • Gel kuku kaki 
Nanti Momoy cerita tentang ni di lain hari ye. Siapa nak boleh cari di farmasi.




  • Perfume
Peminat perfume harus lah ada perfume kan.
Momoy bertukar-tukar perfume ikut mood. Ini Lady Million by Paco Rabanne. Best !



  • Aksesori rambut
Paling kurang mesti ada pin rambut atau cekak atau getah rambut yang comel-comel ^^ untuk rambut Momoy yang super panjang ni. Tapi oh sekarang dah kurang panjang.



  • Sunglasses 
Giorgio Armani kesayangan Momoy untuk extra cun. Muahaha....
Momoy suka jenis aviator sebab nampak macam kembar  Megan Fox je. *mata ke atas* 



  • Pill box
Breakfast - Lunch - Dinner - Supper
Ada benda ni senang. Jimat space nak usung botol-botol jamu dan supplement.



  • Payung comel

Automatik terasa macam gegirl yang manis-manis dan comel-comel pula bila pakai payung ni. Eh. Momoy memang comel pun. Muahaha. *Libas rambut ke belakang*



Thanks pada Sop | Ida Syuhada | Aisya | Eyra Rodzy | Ghades Johor | Ecan yang sudi teka apa ada dalam bag Momoy. Setelah dadu dilambung, pemenang adalah INI. Syabass bete !



Akhir kata, banyakkkk nyaaa sampahhhhhh dalam beg kiterrrr... ooooohhhhhh




P/s: Nanti boleh consider nak sumbat keychain pepper spray pula.





20 June 2018

Watson and Sasa Beauty Haul : Skincare and Cosmetics


Hi gaiss..



Terr-shopping la pulak. Hahaha...





Momoy tak dapat nak salahkan diri sendiri. Okay okay.. cer dengar dulu cerita nih. Ini semua terr-jadi sebab tunggu member sampai 3 jam baru datang. Tawaf Pall Mall tu tak jadi masalah. Yang problemnya bila kaki gedik masuk Watson. Tengah tensi macam ni memang cari penyakit.



Benda pertama yang Momoy capai..





Clinelle Pure Swiss Spring Water
Momoy amik saiz besar. 300 ml
Besar betui nih..





Lately rajin pakai face mist. Dulu Momoy skeptikal sikit nak beli pure water. Rasa macam eyhh..membazir jer. Spray air kat muka jer kot tapi harga Firaun  haha.. Tapi bila baca review blogger mana ntah. Terus timbul kesedaran. Tetiba jer rasa premium betul air diaorang sebab 100% pure. Haha.. Senang sangat terpengaruh nih.





Collagen by Watson Youth Lock Essence Water.





Memang dah lama cari essence yang nak habis tu. Cuma Momoy amik yang nih sebab ada perkataan "Age lock" tu. Bhuahaha.. Yang biasa Momoy pakai dari Pure Beauty botol putih tu memanjang takde. Stress la juga asyik takde jer. So beli nih lah. Essence ni dah jadi daily routine Momoy. Memang Momoy wajib pakai nak kecikkan pore dan tegangkan kulit.






Avene Lotion Nettoyante




Lotion ni dari 100% pure spring water. Dan ni lotion untuk muka tau bukan body. Bagus lotion ni sebab very high moisturizer. Beli brand Avene lepas terjatuh cinta dengan face mist dia.





Vitamin C brand Cebion





Vitamin C ni memang supplement wajib Momoy. Dulu rajin jab vitamin C nih. Sekarang ni amik vitamin C jenis soluble macam nih. Best juga even kesan dia tak la se wow kalau nak compare cucuk-cucuk dulu nih. Hihi..




Pouch ni free gift dari Watson. Macam tau-tau jer Momoy ngah cari. So, tak payah beli dah.




Alhamdulillah. Mujur ini saja yang Momoy rembat dalam Watson tu. Syukur.. syukur.. Lepas keluar Watson, jalan depan sikit. Eh.. ada pula SaSa. Haa.. ni penyakit kedua. Tak tahu macam mana, kaki terr-melangkah masuk la pulak. Hais. Benci tau.




Ni pula rembatan pertama di Sasa..




Cyber colors 3 in 1 Eyebrow Pen (kod 01 Brown)




Biasa Momoy jumpa 2 in 1 eyeliner. Tapi yang ni 3 in 1. Dia macam ada efek wow kat situ. Jadi itu la yang terr-ambik. Eh!






Nanti Momoy review eyeliner 3 in 1 tu ok. Memang best. Momoy amik brown budget sweet muka suci gitu. Eyeliner hitam memang Momoy pangkah. Hitam buat muka kita segarang singa.





Next, Momoy pergi kat bahagian lipstick. Biasa pakai lip balm jer. Kali ni menggedik nak pakai lipstick. Muaha..







Kiri : Maybelline
Kanan : I'm Pupa (Japan)




Lipstick ni kan, Momoy hanya akan pilih kaler yang very light light light light pink dan nude sahaja. Earth color atau merah mak ngah memang awal-awal tolak tepi. Sebab kaler ni buat kita nampak lebih berusia sikit. Koh koh..





Atas : Maybelline light pink (nanti Momoy check code apa)
Bawah : I'm Pupa kod 401 Rosetta




I'm Pupa kaler nude tu kan serius lawa weh. Cuma tu lah.. harga dia rabak sikit.



Actually, Momoy jarang-jarang sangat beli kosmetik. Tapi okay lah kan, make up raya. Skincare tu memang kerap laa.. Cuma skincare range Momoy sekarang lebih fokus untuk anti-aging. Tua dah Momoy ni hoii.



Time ni kalau produk untuk whitening melintas memang dah tak pandang. Mata Momoy akan membulat jegil besar-besar bila nampak perkataan "anti-aging", "anti-kedutan" atau "anti-wrinkle" jer.




So, jangan di tanya kenape Momoy rembat sheet mask ni sampai 14 keeping.
Dr. Smart Wrinkle Regeneration untuk menyahkan kedutan-kedutan. Haha...




Perangai Momoy memang akan pilih mask yang fungsi sama jer. Kekonon rasa lebih effective bila maintain pakai dari yang tukar jenis-jenis lain setiap minggu.





Lepas keluar SaSa, purse kempis, perut pun kempis juga sebab lapar. Jadi, straight turun ke bawah cari Black Canyon. 20 minit lepas tu, mujur member sampai. Kalau tak sape lah nak abeskan makanan tu. Confident betul order untuk 2 orang. Yang padahal tunggu sampai 3 jam. Call berkali tak angkat. Rupanya dia tertido masa cas henpon. Sabar jela. Hahaha..



Perut kenyang. Hati puas dapat habiskan duit beli skincare. Wahaha.. Skincare ni Momoy memang tak kisah sangat sebab Momoy sekarang rajin jer apply. Haha.. maklum laa dah tua baru terasa desperate bila nampak kedut-kedut dah menjengah. Automatik jadi rajin. Hoho..



Tapi yang make up tu tak tau la tahap rajin tu camne. Sebab Momoy prefer naked face bila pergi keje atau keluar rumah. Okey, kulit cap ayam tapi bab confident level tu tinggi melangit tu tak boleh blah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...