Hai sayang-sayang semua. Nak update review yang paling ditunggu-tunggu dan seringkali penuh inbox email Momoy. Wee.
Kali pertama Momoy cucuk Tranexamic Acid dulu ialah pada September 2 tahun lepas. Boleh baca review Tranexamic Acid tu di SINI jika mahu. Kali kedua consume Trenexamic Acid ialah pada September tahun lepas. Untuk kali yang kedua pula, Momoy consume brand DERMANIC.
Dermanic Transinjec untuk injection dan Transcaps untuk pil kapsul makan-makan. Kedua-dua Dermanic dan Transcaps ni mengandungi 250 mg Tranxenamic Acid (sama macam brand Traxenamic Acid juga). Singkatan Tranexamic Acid ialah Tren Acid. Sedikit intro. Jadi, sila jangan confuse tau.
Momoy terima banyak email yang tanya banyak pasal beauty injection nih (suntikan kecantikan) especially progress on Dermanic lah. Sebelum tu bagi yang bertanya tentang Dermanic Transinjec atau Transcaps 500 mg, jawapannya adalah TAK ADA. Hanya 250 mg Tranexamic Acid SAHAJA !! Hati-hati.
Lagi, walaupun di declare dari Europe tapi hanya formula of Tranexamic Acid sahaja yang origin dari Europe tapi manufacture Dermanic di Malaysia. Kalau ada yang kata manufacture dari Singapore ke mana ke, itu fake la tu. Rasanya ramai dah tahu dan buat research kan. Jadi, Momoy skip, nak terus masuk review tentang Dermanic ni je la ye. Review ni berdasarkan pengalaman Momoy consume Dermanic selama 6 bulan.
Ni combo set dermanic yang Momoy dapat. Dalam combo ni ada Transinjec 5 ml (10 Vials), 2 botol Transcaps (sebotol ada 30 biji) dan FREE Vitamin C 2 ml (10 vials).
Kebaikan dan fungsi utama Dermanic ni untuk :-
- whitening
- scar
- melasma
- pigmentation.
TRANSINJEC
Untuk Transinjec Momoy suntik di klinik dengan upah doktor RM 10 sekali cucuk. Suntikan cara IV intravenous pada pelipat lengan tangan. Injek combinasi bersama Vitamin C adalah terbaik.
Set Dermanic yang Momoy beli FREE Vitamin C. Tapi Momoy tak guna Vitamin C tu sebab Vitamin C tu murah, dari Thailand. Tak pernah dengar brand V-C Injection lagi pun. Momoy tak nak ambil risiko jadi Momoy guna Vitamin C yang dipercayai jenama Forte (Vitamin C + Collagen).
V-C Injection 2ml yang free itu
Setiap hari Khamis Momoy akan pergi klinik cucuk Transinjec sebab khamis Petronas balik awal. Hehe. Momoy pastikan Momoy tak skip lunch dan minum banyak air sebelum cucuk. Kalau tak-boleh-solat, Momoy hanya cucuk Vitamin C sahaja.
Transinjec ni Momoy tak rasa demam atau pening. Sesetengah orang mungkin rasa dan tu normal. Injek tu sakit tak ? Ni soalan yang paling kerap kamu tanya kan. Well, sakit ni bergantung pada kecekapan doctor yang injek kamu. Bagi Momoy tak sakit langsung. Sungguh. Tapi pernah SEKALI ada pengalaman masa cucuk sakit (klinik lain). Doktor tu cucuk tersasar keluar dari urat nadi. Sakit sangat sampai rasa nak lempang doctor perempuan tu. Hehe.
Dermanic Transinjec 5ml
Tips lepas Injection, rehat dan duduk di rumah jer. Lebih baik jangan terdedah pada matahari buat sementara waktu (Momoy tak dapat elakkan yang ini). Minum air masak minimum 3 liter sehari. Elakkan kafein (standard ni kalau sesiapa consume supplement lain pun).
RESULT – DERMANIC TRANSINJEC
Apa yang Momoy noticed selama consume Dermanic Transinjec ni ialah kulit Momoy tetap sama. Tak berubah putih kapas pun. Tapi lepas cucuk kulit memang moist, glow dan susah nak sunburn. Bab parut pula, Momoy ada parut baru kena kuali panas. Cucuk dermanic transinjec ni parut hanya pudar dalam 50% jer. Tak sehebat Tranexamic Acid yang pudarkan parut Momoy hampir 100%.
Kenapa tak putih-putih ? Ni soalan yang Momoy sendiri tanya pada doctor dan diri sendiri. Cuba analisa diri. Kafein semua Momoy pantang. Minum air cukup. Lepas cucuk better duduk rumah, jangan expose sangat ke sunlight ke apa. Tapi yelah, mana mungkin. Momoy kerja di plant. Haruslah terdedah dan berpanas. Tambah lagi kawasan petronas tu dekat laut kan. Jadi Momoy rasa memang kurang berjaya di sebabkan factor kerja Momoy tu. Kot. Kan ?
TRANSCAPS
Memandangkan Traninjec hanya boleh consume 10 vials SAHAJA jadi Momoy teruskan dengan TRANSCAPS. Kalau kamu takut jarum, ni altenatif untuk kamu yang nak consume tren tanpa perlu cucuk. Untuk info bagi sesiapa yang ambil Transcaps, jangan consume lebih 6 bulan dan 2 biji sehari sahaja selepas makan. Lain info ada kat label Transcaps tu.
1 botol ada 30 kapsul. 2 botol untuk sebulan.
Transcaps ni boleh diambil bersama juice. Boleh juga dibuat masker. Momoy pernah la try buat juga. Buka kapsul tu dan lumur je kat muka. Susah sikit nak melekat kat muka. Pernah juga mix dengan night cream. Feel macam best juga lah. Night cream pun pekat likat jer tapi lama-lama night cream jadi cair sikit sebab tambahan formula. Huhu. Masker tren ni kalau buat, jerawat memang cepat kecut.
RESULT – DERMANIC TRANSCAPS
Untuk transcaps ni Momoy complete consume makan 11 botol (6 bulan) dan 1 botol transcaps untuk tujuan memain (letak muka, lotion etc). Momoy consume Transcaps ni tanpa skip. Tak pernah lupa. Memang berdisiplin habis. Lepas 6 bulan consume transcapes (awalnya consume sekali bersama Transinjec), resultnya tak ada apa-apa kesan pun. Haip.
Kesimpulannya, TIADA APA-APA PERUBAHAN. Fullstop ! Transcaps ni tak berkesan untuk Momoy. Transinjec lebih nampak kesan dari Transcaps. Cucuk Transinjec ada result kulit lebih moist tapi putih kapas tu belum lagi. Kalau buat perbandingan antara semua tren acid, Momoy suka dan Momoy pilih Tranexamic Acid berbanding dengan Dermanic. Kalau Mixing White tu Momoy tak pernah try. Tak sempat try pun rasanya. Sebab ini kali terakhir Momoy ambil beauty injection. Lepas ni Cuma boleh consume supplement je lah memandangkan klinik yang Momoy selalu pergi dah tak ambil service cucuk lagi.
Kemain, lama tunggu Momoy update kan. Tapi itu lah, hasilnya tak seperti yang Momoy harapkan. Lepas ni, kalau jumpa tempat cucuk pun, Momoy continue Vitamin C dan Collagen saja la. Ewah.
NOTE: Jika kamu berminat untuk dapatkan treatment ni, itu adalah keputusan kamu sendiri., risiko kamu sendiri. Hati-hati dengan fake dermanic. Juga dapatkan suntikan daripada doktor (bukan nurse atau orang-perseorangan). Sentiasa tanya dan minta pendapat doktor. Yang terakhir, mungkin ada yang akan rasa demam atau pening selepas cucuk.











.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)