.::: MOMOY blogirl :::.: Search results for vitamin c
Showing posts sorted by relevance for query vitamin c. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query vitamin c. Sort by date Show all posts

26 May 2014

Suntikan vitamin C untuk kulit sihat dan cantik


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦) 




Urm... sebenarnya Momoy dapat banyak juga email tanya pasal beauty injection dari silent readers. Thank you dearies sebab sudi baca blog mengarut Momoy nih. Banyak juga tanya ada tak Momoy ambil suntikan vitamin C, ambil vitamin C brand apa dan macam-macam lagi. Jadi, disebabkan asyik menjawab soalan yang berulang-ulang dan lebih kurang sama je, ada baiknya Momoy review Vitamin C tu kat blog je, kan ?



Umum pasal kebaikan vitamin C ni semua orang tahu. Vitamin C ni baik untuk kesihatan kulit terutama pada mereka yang telah berusia. Ia dapat menegangkan serta menghilangkan kedut-kedut pada kulit, mencerah kulit serta menjadikan kulit kelihatan lebih muda. 



Tak semestinya kena inject vitamin C ni, nak makan supplement pun boleh jer. Ini kes kalau kurang source vitamin C la. Kalau cukup makanan harian atau buah-buahan yang ada vitamin C sebenarnya tak perlu pun semua tu. Tapi macam yang Momoy cakap, kalau zat-zat vitamin C cukup dalam makanan la. Yang Momoy ni dah tentu-tentu tak cukup vitamin C tambah pula asyik masak kat kedai jer. Huhu... 



So altenatif Momoy ambil supplement. Tapi sebenarnya Momoy prefer untuk suntik sebab 100% confirm diserap kerana vitamin C yang suntik akan terus masuk dalam salur darah. Kalau makan-makan ni semua tahu hanya 20-30% sahaja yang dapat sebab keluar dari sistem perkumuhan, peluh dan macam-macam lah. Amboiii... macam belajar subjek sains pula. 



Dulu pernah cerita yang Momoy ambil suntikan Tranexamic Acid bersama vitamin C kan. Siapa ingat ? Boleh baca di SINI. Okay, vitamin C yang Momoy ambil tu brand Laroscorbine Roche Platinum Vitamin C + Collagen. Vitamin brand Roche ni dah ada sekali kolagen. Dari France. Brand Roche ni dah lama dah. Dekat 10 tahun kot. 





Laroscorbine Platinium Vitamin c + Collagen Roche
Momoy dah guna 2 kotak 





Kalau tanya mana-mana doktor pasal Roche ni, memang para doktor tahu la. Tapi baru-baru ni, doktor yang selalu Momoy pergi inject bagitahu, masa dia call Roche untuk tambah stock vitamin C kat klinik dia, Roche inform mereka dah stop keluarkan vitamin C + collagen. Maknanya, selepas ni kalau ada vitamin C dari brand Roche sila lihat tarikh tamat tempoh pada kotak atau vial tersebut. Tarikh luput yang panjang (seperti tahun 2016 atau seterusnya) sangatlah was-was. Jadi, lepas kotak kedua Roche ni Momoy stop. Masih berfikir nak inject brand apa pula untuk ganti Roche ni. Ada cadangan tak ?





Harga 10 vials (sekotak) Momoy beli RM 150 (bergantung pada seller)
Upah cucuk doktor RM 10-RM 20 per inject





Sedikit maklumat tentang Roche ni. Momoy kopi pasta dari pakcik Google dan sikit edited supaya mudah difahami..



Product Description:

Rocher Vitamin C + Collagen
1000mg Vitamin C + 350mg Plant Collagen Extract.
With on the first injection, you could feel the difference on your skin. (oh yeke ? Momoy suntikan ketiga baru nampak perbezaan)



KEBAIKAN VITAMIN C


  • Merupakan fungsi asas Vitamin C (semua pun tahu ni)

  • Menambahkan kolagen yang hilang dan berkurangan akibat penambahan Usia. Kolagen adalah protein berfibre, penting dalam menyokong tisu, kulit, organ, tendon, ligamen dan lain-lain (pertambahan usia ? Ye, Momoy la tu =.= )

  • Anti Oksida (suka sangat kalau jumpa apa-apa produk yang jenis anti oksida ni).

  • Mengurangkan garis-garis halus, kedutan, pigmentasi dan parut kecil (parut memang berkurang - Momoy guna bersama tren acid).

  • Mengekalkan pengeluaran tulang rawan dan sendi (Tak tahu nak tengok macam mana ni)

  • Meningkatkan keanjalan kulit, membuat lebih lembut dan kelembapan, memudarkan warna hyperpigmentasi di kulit. (Hoho... Kulit Momoy memang terasa lembut keesokan hari. Lembut dan lembap. Tak pakai lotion pun no hal lah).

  • Memperbaiki keadaan kulit wajah (Ini betul. Memang lepas cucuk vitamin C, kulit kurang bermasalah).

  • Kesan paling ketara yang Momoy dapat rasa ialah Momoy tak lagi selsema. Kalau ada pun, jarang sangat dan sikit-sikit jer tak teruk macam dulu.




METHOD:


I.V. (intravenous) - Doktor Momoy cucuk pakai butterfly injection di pelipat tangan.



Packaging Produk:-

Roche Laroscorbine Platinum Vitamin + Kolagen



1 kotak : 10 ampul x 5ml setiap ampul.
*** Setiap ampul mengandungi daripada 1000mg Vitamin C + 350mg Kolagen Tumbuhan.




Cara penggunaan :-


  • Bagi awal pengambilan adalah disyorkan bahawa 1 ampul setiap 3-4 hari ( intravena) untuk tempoh 8 minggu. (Doktor Momoy advice seminggu sekali dah mencukupi. Tapi dia guna 2 vials sekali inject).

  • Dicadangkan pengambilan dengan suntikan Glutathione untuk mendapat hasil terbaik. (Momoy ada jab Glutax 12g. Tapi lepas jab tren acid dan vitamin C la. Review Glutax boleh baca entri ni -Review Glutax 12g Advanced HD). Sebabkan masa injek vitamin C ni Momoy jab Tranexamic Acid, so cara Momoy guna mix keduanya. Boleh baca ENTRI ni. 



Bagi program maintain atau pengekalan:-

Untuk mengekalkan kulit anda sentiasa cantik, 1 vial hendaklah digunakan setiap minggu atau setiap 2 minggu, bergantung kepada keperluan peribadi kamu okay.



Roche Laroscorbine Platinum Vitamin C + Collagen ni tak sesuai untuk:

  • Ibu menyusu bayi
  • Suntikan semasa haid
  • Mempunyai alahan kepada vitamin (apa-apa jenis)
  • Pesakit dengan masalah kardiovaskular






Tak tahu nak letak caption apa =.=





Selepas 10 kali suntikan (seminggu sekali), untuk maintenance boleh la ulang suntikan tapi dah boleh jarakkan masa cucuk. Mula-mula jarakkan 2 minggu sekali, kemudian sebulan sekali kemudian 2 bulan sekali (bergantung pada keadaan kulit dan poket masing-masing la kan). Paling penting, banyakkan minum air masak dan elakkan makanan dan minuman berkafein. 





Close up. Ini lah rupa vial vitamin C + collagen sebelum doktor 
masukkan dalam picagari bagi sesiapa yang tak pernah tengok





Uis. Pandai nasihatkan orang untuk jaga maintenance bagai la tapi diri sendiri dah 2 bulan tak maintain cucuk vitamin C ni. Tapi Momoy ada alasan tau. Busy kerja (April - May hari tu memang super busy), malas beratur kat klinik dan sedang mencari vitamin c brand lain untuk ganti Roche (pening kepala nak beli brand apa nih). Dan time tu tengah cucuk Glutax 12g. Dalam Glutax 12g tu dah siap ada vitamin C, sebab tu tak pergi cucuk vitamin C lagi. 



Hmm... cukup lah bebelan hari ni. Nanti kalau Momoy dah jumpa pengganti Roche Momoy share kat blog wokey. Chau dulu. Assalamualaikum.




NOTE:
If you choose to try this product it is at your own risk.
Always consult with your doctor before taking anything new okay dolls. 




15 February 2014

Betul ke TRANEXAMIC ACID boleh putihkan kulit ?


Assalamualaikum.

Cecepat taip entri untuk sambungan review tranexamic acid. Kalau tangguh entah bila pula nak publish entri tren tu. Hoho. Tapi jangan risau biarpun peram lama tapi setiap produk ada folder (file) nya sendiri. Haa... Jadi tiada masalah tercampur testimoni ke apa bila consume satu-satu benda tu. Testimoninya ada, cuma tersimpan dalam folder laptop jer. Ewah. Ini la yang jadi bila orang ada blog, kita pun nak ada juga kan. Tapi malas nak update. Ehee. Apa kes. 



Berbalik pada suntik tren tadi (tranexamic acid bunyi macam brutal sikit kan sebab ada perkataan acid. mihmih), ada dua soalan yang paling famous orang suka tanya. Pertama, "sakit tak cucuk-cucuk ni ?" Kedua, "betul ke suntik tren boleh putih macam Adira ?"



Haa... Tentang sakit bila jarum dimasukkan, sebenarnya bergantung pada skills doktor yang cucuk tu yer. Syukur, doktor yang suntik Momoy sangat teliti dan lemah lembut. Momoy langsung dan tak pernah ada pengalaman rasa sakit semasa cucuk vitamin c atau tranexamic acid ni. Biarpun setiap minggu cucuk di tempat yang sama. Alhamdulillah. Eh. Lupa bagitahu yang doktor tu inject Momoy di pelipat siku jenis I.V butterfly.



Kalau kawan-kawan ambil injection then rasa sakit atau bengkak, cepat-cepat bagitahu doktor tu suruh stop. Sebab bila sakit, jarum tu dah terkeluar dari urat darah dah sebenarnya. Maknanya, benda yang nak cucuk tu pun tak masuk pun dalam darah. So, tolong bagitahu doktor anda. Jangan buat senyap jer. Dah la sakit, tak masuk pula tu, membazir jer. Hais.


Nak cerita sikit cara Momoy suntik tranexamic acid. Momoy inject setiap minggu. Nak senang ingat Momoy akan inject setiap hari Ahad. So far, sampai sekarang tak pernah skip lagi. Momoy combine tren dan vitamin c. Doktor tu mix kan tranexamic acid dan vitamin c dalam satu picagari sederhana. Maknanya, sekali cucuk jer la. 





Yang tak tahu apa itu tranexamic acid boleh baca entri ni 





Inject tren ni perlu ikut nasihat doktor, iaitu kena selang seminggu untuk 2 minggu selepas inject tren. Macam ni. Minggu 1 dan 2 injek tren. Minggu depan Momoy injek Vitamin c dan minggu selepasnya tren balik. Faham tak nih ? Tsk.



Okay. Macam ni...



Minggu 1 - Vitamin C + Tranexamic Acid
Minggu 2 - Vitamin C + Tranexamic Acid
Minggu 3 - Vitamin C
MInggu 4 - Vitamin C + Tranexamic Acid
Minggu 5 - Vitamin C + Tranexamic Acid
Minggu 6 - Vitamin C
Minggu... Rotate la sendiri sampai 10 kali tren. Haha...




Begitu la seterusnya. Ada faham ? In case minggu tu patut cucuk tren tapi datang bulan, jadi akan tukar dengan Vitamin C. Kenapa tak boleh amik time period ? Jangan lupa tren tu ubat untuk stop kan bleeding. Jangan lupa kena minum banyak air dan elakkan kafein.



Pengalaman dan perubahan Momoy selepas suntikan.


  • Momoy terasa macam pening sedikit selepas cucuk. Tapi masih boleh drive babyboo dari klinik sampai rumah. Tapi esoknya, sakit kepala hingga demam. Ini yang jadi bagi suntikan pertama hingga ketiga. Suntikan seterusnya dah tak ada pening atau demam. 

  • Kulit Momoy jenis kasar dan sensitif. Sob sob. Jadi, jab kali kelima (5) baru terasa kulit lembut. Dan lepas tu setiap kali lepas cucuk, kesan kulit lembut dah boleh rasa keesokkan harinya. Dah tak degil macam mula-mula dulu tu. Dulu mesti nak pakai Eubos, sekarang dah tak bergantung lagi pada Eubos. Yang ni terbaik.

  • Memang dapat hentikan bleeding. Pendarahan di kaki Momoy berhenti dengan segera. Ada kisah pasal ni. Boleh baca SINI.

  • Pasal putih tu Momoy rasa kulit Momoy masih sama. Tak putih pun. Jujur cakap, kulit Momoy tak berubah tona kulit pun. Grrr... Kata doktor, tak nampak kesan sebab Momoy memang dah putih. Tapi kalau glowing, YES ! Kulit masa cucuk tren time tu memang glowing dan cantik. Tensionnya kenapa tak putih-putih ni. Doktor Momoy cakap ada patient dia kulit sawo matang 3 kali cucuk jer dah putih. Mencikkkk...

  • Parut ? Hmm... 



Ingat tak dua tahun lepas Momoy ada cerita tentang parut dalam yang panjang. 
Recycle gambar parut dari entri lama 


Perhatikan dot-dot biru tu. Amacam ? 
Akhirnya, parut dalam yang Momoy usung selama 2 tahun akhirnya pudar (95% hampir tak ada). Okay. Walaupun gambar ni ada efek lighthing sikit (sebab snap kat dalam site cabin) tapi memang boleh idikatakan hilang sebab parut di tangan Momoy tak nampak. Lainlah kalau korang tenung lama-lama.




Dah habis suntik tren, Momoy cucuk vitamin c untuk maintain (dan maintenance juga) dan plan nak jab glutax. Lenguh dah tangan nak menaip. Nanti Momoy cerita di lain siaran entri ye. Tapi pasal injection lain dan tips pula la. Semua nak tapau sini, nanti kekeringan idea pula. Mihmih. 


UPDATE :


Ramai yang email Momoy tanya mahal ke kos nak inject ni. Jadi, ni serba sedikit info untuk gambaran atau budget.


Yang ni kalau barang kita sendiri :


  • Momoy beli Tranexamic Acid (ada 10 vials) RM 300 (bergantung pada seller).
  • Vitamic C (10 vials) RM 150 (bergantung pada brand/ seller. Momoy guna Roche. Ada kolagen sekali). 
  • Untuk cucuk hingga habis rotate tranexamic acid tu (juga untuk maintenance), Momoy guna 2 kotak vitamin C. Maksudnya 20 vials la. 
  • Momoy bayar upah inject doktor RM 15 sekali cucuk. Tapi ni bergantung pada klinik la. Ada doktor yang cas RM 10 - RM 20. Yang RM 5 pun ada tapi jarang sangat. Kalau jumpa doktor baik hati tu kira nasib la. 



Kalau barang doktor (klinik) budget mahal la sikit (biasa la doktor nak berniaga juga) :


  • Vitamin C paling murah RM 80 - RM 150 sekali cucuk (bergantung pada klinik)
  • Kalau Vitamin C dan tambahan bahan lain seperti gluta, kolagen etc RM 150 - RM 350. Ada juga klinik cucuk vitamin C yang kenakan bayaran hingga RM 500 sekali cucuk. (barang betul-betul baik la ni). Makin banyak ramuannya makin mahal la.
  • Tiada upah doktor. 


Rasanya jelas la tu kot. Boleh buat kira-kira dah tu kan. Baik. Selamat malam semua. Zzzzz....







P/s: Confirm kontroversi bila update entri pasal tren ni 
=.=





NOTE : 
If you choose to try this product it is at your own risk.
Always consult with your doctor before taking anything new okay.






21 March 2015

Review Dermanic Transinjec dan Transcaps selepas complete treatment 6 bulan


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Hai sayang-sayang semua. Nak update review yang paling ditunggu-tunggu dan seringkali penuh inbox email Momoy. Wee.



Kali pertama Momoy cucuk Tranexamic Acid dulu ialah pada September 2 tahun lepas. Boleh baca review Tranexamic Acid tu di SINI jika mahu. Kali kedua consume Trenexamic Acid ialah pada September tahun lepas. Untuk kali yang kedua pula, Momoy consume brand DERMANIC. 




Dermanic Transinjec untuk injection dan Transcaps untuk pil kapsul makan-makan. Kedua-dua Dermanic dan Transcaps ni mengandungi 250 mg Tranxenamic Acid (sama macam brand Traxenamic Acid juga). Singkatan Tranexamic Acid ialah Tren Acid. Sedikit intro. Jadi, sila jangan confuse tau.



Momoy terima banyak email yang tanya banyak pasal beauty injection nih (suntikan kecantikan) especially progress on Dermanic lah. Sebelum tu bagi yang bertanya tentang Dermanic Transinjec atau Transcaps 500 mg, jawapannya adalah TAK ADA. Hanya 250 mg Tranexamic Acid SAHAJA !! Hati-hati. 



Lagi, walaupun di declare dari Europe tapi hanya formula of Tranexamic Acid sahaja yang origin dari Europe tapi manufacture Dermanic di Malaysia. Kalau ada yang kata manufacture dari Singapore ke mana ke, itu fake la tu. Rasanya ramai dah tahu dan buat research kan. Jadi, Momoy skip, nak terus masuk review tentang Dermanic ni je la ye. Review ni berdasarkan pengalaman Momoy consume Dermanic selama 6 bulan.





Ni combo set dermanic yang Momoy dapat. Dalam combo ni ada Transinjec 5 ml (10 Vials), 2 botol Transcaps (sebotol ada 30 biji) dan FREE Vitamin C 2 ml (10 vials). 






Kebaikan dan fungsi utama Dermanic ni untuk :-

  • whitening
  • scar
  • melasma
  • pigmentation.



TRANSINJEC


Untuk Transinjec Momoy suntik di klinik dengan upah doktor RM 10 sekali cucuk. Suntikan cara IV intravenous pada pelipat lengan tangan. Injek combinasi bersama Vitamin C adalah terbaik. 




Set Dermanic yang Momoy beli FREE Vitamin C. Tapi Momoy tak guna Vitamin C tu sebab Vitamin C tu murah, dari Thailand. Tak pernah dengar brand V-C Injection lagi pun. Momoy tak nak ambil risiko jadi Momoy guna Vitamin C yang dipercayai jenama Forte (Vitamin C + Collagen).






V-C Injection 2ml yang free itu





Setiap hari Khamis Momoy akan pergi klinik cucuk Transinjec sebab khamis Petronas balik awal. Hehe. Momoy pastikan Momoy tak skip lunch dan minum banyak air sebelum cucuk. Kalau tak-boleh-solat, Momoy hanya cucuk Vitamin C sahaja.


Transinjec ni Momoy tak rasa demam atau pening. Sesetengah orang mungkin rasa dan tu normal. Injek tu sakit tak ? Ni soalan yang paling kerap kamu tanya kan. Well, sakit ni bergantung pada kecekapan doctor yang injek kamu. Bagi Momoy tak sakit langsung. Sungguh. Tapi pernah SEKALI ada pengalaman masa cucuk sakit (klinik lain). Doktor tu cucuk tersasar keluar dari urat nadi. Sakit sangat sampai rasa nak lempang doctor perempuan tu. Hehe. 








Dermanic Transinjec 5ml





Tips lepas Injection, rehat dan duduk di rumah jer. Lebih baik jangan terdedah pada matahari buat sementara waktu (Momoy tak dapat elakkan yang ini). Minum air masak minimum 3 liter sehari. Elakkan kafein (standard ni kalau sesiapa consume supplement lain pun). 



RESULT – DERMANIC TRANSINJEC



Apa yang Momoy noticed selama consume Dermanic Transinjec ni ialah kulit Momoy tetap sama. Tak berubah putih kapas pun. Tapi lepas cucuk kulit memang moist, glow dan susah nak sunburn. Bab parut pula, Momoy ada parut baru kena kuali panas. Cucuk dermanic transinjec ni parut hanya pudar dalam 50% jer. Tak sehebat Tranexamic Acid yang pudarkan parut Momoy hampir 100%.



Kenapa tak putih-putih ? Ni soalan yang Momoy sendiri tanya pada doctor dan diri sendiri. Cuba analisa diri. Kafein semua Momoy pantang. Minum air cukup. Lepas cucuk better duduk rumah, jangan expose sangat ke sunlight ke apa. Tapi yelah, mana mungkin. Momoy kerja di plant. Haruslah terdedah dan berpanas. Tambah lagi kawasan petronas tu dekat laut kan. Jadi Momoy rasa memang kurang berjaya di sebabkan factor kerja Momoy tu. Kot. Kan ?



TRANSCAPS



Memandangkan Traninjec hanya boleh consume 10 vials SAHAJA jadi Momoy teruskan dengan TRANSCAPS. Kalau kamu takut jarum, ni altenatif untuk kamu yang nak consume tren tanpa perlu cucuk. Untuk info bagi sesiapa yang ambil Transcaps, jangan consume lebih 6 bulan dan 2 biji sehari sahaja selepas makan. Lain info ada kat label Transcaps tu. 





1 botol ada 30 kapsul. 2 botol untuk sebulan.





Transcaps ni boleh diambil bersama juice. Boleh juga dibuat masker. Momoy pernah la try buat juga. Buka kapsul tu dan lumur je kat muka. Susah sikit nak melekat kat muka. Pernah juga mix dengan night cream. Feel macam best juga lah. Night cream pun pekat likat jer tapi lama-lama night cream jadi cair sikit sebab tambahan formula. Huhu. Masker tren ni kalau buat, jerawat memang cepat kecut. 



RESULT – DERMANIC TRANSCAPS



Untuk transcaps ni Momoy complete consume makan 11 botol (6 bulan) dan 1 botol transcaps untuk tujuan memain (letak muka, lotion etc). Momoy consume Transcaps ni tanpa skip. Tak pernah lupa. Memang berdisiplin habis. Lepas 6 bulan consume transcapes (awalnya consume sekali bersama Transinjec), resultnya tak ada apa-apa kesan pun. Haip. 



Kesimpulannya, TIADA APA-APA PERUBAHAN. Fullstop ! Transcaps ni tak berkesan untuk Momoy. Transinjec lebih nampak kesan dari Transcaps. Cucuk Transinjec ada result kulit lebih moist tapi putih kapas tu belum lagi. Kalau buat perbandingan antara semua tren acid, Momoy suka dan Momoy pilih Tranexamic Acid berbanding dengan Dermanic. Kalau Mixing White tu Momoy tak pernah try. Tak sempat try pun rasanya. Sebab ini kali terakhir Momoy ambil beauty injection. Lepas ni Cuma boleh consume supplement je lah memandangkan klinik yang Momoy selalu pergi dah tak ambil service cucuk lagi. 



Kemain, lama tunggu Momoy update kan. Tapi itu lah, hasilnya tak seperti yang Momoy harapkan. Lepas ni, kalau jumpa tempat cucuk pun, Momoy continue Vitamin C dan Collagen saja la. Ewah. 



NOTE: Jika kamu berminat untuk dapatkan treatment ni, itu adalah keputusan kamu sendiri., risiko kamu sendiri. Hati-hati dengan fake dermanic. Juga dapatkan suntikan daripada doktor (bukan nurse atau orang-perseorangan). Sentiasa tanya dan minta pendapat doktor. Yang terakhir, mungkin ada yang akan rasa demam atau pening selepas cucuk. 





20 June 2018

Watson and Sasa Beauty Haul : Skincare and Cosmetics


Hi gaiss..



Terr-shopping la pulak. Hahaha...





Momoy tak dapat nak salahkan diri sendiri. Okay okay.. cer dengar dulu cerita nih. Ini semua terr-jadi sebab tunggu member sampai 3 jam baru datang. Tawaf Pall Mall tu tak jadi masalah. Yang problemnya bila kaki gedik masuk Watson. Tengah tensi macam ni memang cari penyakit.



Benda pertama yang Momoy capai..





Clinelle Pure Swiss Spring Water
Momoy amik saiz besar. 300 ml
Besar betui nih..





Lately rajin pakai face mist. Dulu Momoy skeptikal sikit nak beli pure water. Rasa macam eyhh..membazir jer. Spray air kat muka jer kot tapi harga Firaun  haha.. Tapi bila baca review blogger mana ntah. Terus timbul kesedaran. Tetiba jer rasa premium betul air diaorang sebab 100% pure. Haha.. Senang sangat terpengaruh nih.





Collagen by Watson Youth Lock Essence Water.





Memang dah lama cari essence yang nak habis tu. Cuma Momoy amik yang nih sebab ada perkataan "Age lock" tu. Bhuahaha.. Yang biasa Momoy pakai dari Pure Beauty botol putih tu memanjang takde. Stress la juga asyik takde jer. So beli nih lah. Essence ni dah jadi daily routine Momoy. Memang Momoy wajib pakai nak kecikkan pore dan tegangkan kulit.






Avene Lotion Nettoyante




Lotion ni dari 100% pure spring water. Dan ni lotion untuk muka tau bukan body. Bagus lotion ni sebab very high moisturizer. Beli brand Avene lepas terjatuh cinta dengan face mist dia.





Vitamin C brand Cebion





Vitamin C ni memang supplement wajib Momoy. Dulu rajin jab vitamin C nih. Sekarang ni amik vitamin C jenis soluble macam nih. Best juga even kesan dia tak la se wow kalau nak compare cucuk-cucuk dulu nih. Hihi..




Pouch ni free gift dari Watson. Macam tau-tau jer Momoy ngah cari. So, tak payah beli dah.




Alhamdulillah. Mujur ini saja yang Momoy rembat dalam Watson tu. Syukur.. syukur.. Lepas keluar Watson, jalan depan sikit. Eh.. ada pula SaSa. Haa.. ni penyakit kedua. Tak tahu macam mana, kaki terr-melangkah masuk la pulak. Hais. Benci tau.




Ni pula rembatan pertama di Sasa..




Cyber colors 3 in 1 Eyebrow Pen (kod 01 Brown)




Biasa Momoy jumpa 2 in 1 eyeliner. Tapi yang ni 3 in 1. Dia macam ada efek wow kat situ. Jadi itu la yang terr-ambik. Eh!






Nanti Momoy review eyeliner 3 in 1 tu ok. Memang best. Momoy amik brown budget sweet muka suci gitu. Eyeliner hitam memang Momoy pangkah. Hitam buat muka kita segarang singa.





Next, Momoy pergi kat bahagian lipstick. Biasa pakai lip balm jer. Kali ni menggedik nak pakai lipstick. Muaha..







Kiri : Maybelline
Kanan : I'm Pupa (Japan)




Lipstick ni kan, Momoy hanya akan pilih kaler yang very light light light light pink dan nude sahaja. Earth color atau merah mak ngah memang awal-awal tolak tepi. Sebab kaler ni buat kita nampak lebih berusia sikit. Koh koh..





Atas : Maybelline light pink (nanti Momoy check code apa)
Bawah : I'm Pupa kod 401 Rosetta




I'm Pupa kaler nude tu kan serius lawa weh. Cuma tu lah.. harga dia rabak sikit.



Actually, Momoy jarang-jarang sangat beli kosmetik. Tapi okay lah kan, make up raya. Skincare tu memang kerap laa.. Cuma skincare range Momoy sekarang lebih fokus untuk anti-aging. Tua dah Momoy ni hoii.



Time ni kalau produk untuk whitening melintas memang dah tak pandang. Mata Momoy akan membulat jegil besar-besar bila nampak perkataan "anti-aging", "anti-kedutan" atau "anti-wrinkle" jer.




So, jangan di tanya kenape Momoy rembat sheet mask ni sampai 14 keeping.
Dr. Smart Wrinkle Regeneration untuk menyahkan kedutan-kedutan. Haha...




Perangai Momoy memang akan pilih mask yang fungsi sama jer. Kekonon rasa lebih effective bila maintain pakai dari yang tukar jenis-jenis lain setiap minggu.





Lepas keluar SaSa, purse kempis, perut pun kempis juga sebab lapar. Jadi, straight turun ke bawah cari Black Canyon. 20 minit lepas tu, mujur member sampai. Kalau tak sape lah nak abeskan makanan tu. Confident betul order untuk 2 orang. Yang padahal tunggu sampai 3 jam. Call berkali tak angkat. Rupanya dia tertido masa cas henpon. Sabar jela. Hahaha..



Perut kenyang. Hati puas dapat habiskan duit beli skincare. Wahaha.. Skincare ni Momoy memang tak kisah sangat sebab Momoy sekarang rajin jer apply. Haha.. maklum laa dah tua baru terasa desperate bila nampak kedut-kedut dah menjengah. Automatik jadi rajin. Hoho..



Tapi yang make up tu tak tau la tahap rajin tu camne. Sebab Momoy prefer naked face bila pergi keje atau keluar rumah. Okey, kulit cap ayam tapi bab confident level tu tinggi melangit tu tak boleh blah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...